Si akar dani yang sebelum ini seringkali saya perkatakan mahu dicantas, tetiba naik merimbun. Dedaunnya lebat dan lebar menghijau. Siap berbunga berjambak² lagi. Harum semerbak. Harap² harumnya bertebaran dihantar dek sang bayu ke laman tetangga juga. Berkongsi haruman manisnya. Cuma, masih juga perlukan perapian agar ia tidak menjalar menerobos sampai ke rumah tetangga bersebelahan. Sebaik sahaja selesai berbunga nanti, dedaunnya kian tua; beransur kuning ... dan seterusnya mulai berguguran dalam jumlah yang agak banyak. Biarlah nanti ia berguguran jatuh di laman sendiri. Dalam orang tidak mengisah, biarlah kita sendiri ambil kisah. Usah tunggu sampai bertukar menjadi sungutan&rungutan pulak. Adab&adat berjiran biarlah murni² sahaja.
Dua pohon di pinggiran jalan pulak yang ditanam dahulu suda bersentuhan dedaunnya membentuk gerbang. Saya sukaaa. Kedua²nya sedang giat menghijau dengan dedaun baharu. Sengaja kami tanam kedua²nya di luar laman sebagai pepohon teduhan. Sesekali bolehlah parkir kereta di bawahnya. Lagi pulak ia tidak sesuai ditanam di laman rumah nan seciput alam ini. Tambah lagi sebelum ia bertukar daun baharu, dedaunnya yang suda menguning akan berguguran dengan banyak sekali secara serentak. Selain saya bukanlah seorang yang rajin untuk menyapunya, adalah memang menjadi kerisauan jika dedaunnya yang berjatuhan menerjah sempadan rumah tetangga pulak sekiranya ditanam di tepian pagar. Dan itulah asas dalam kami menentukan pepohon yang boleh dan tidak boleh dijadikan hiasan laman. Bayangkan, tatkala memijak dedaun keringnya itu yang suda jatuh ke bumi, bagaikan memijak kepingan keropok! Berlapis² menimbun di bawah pohon induknya. Krupkrapkrupkrap. Dedaunan yang kering dan garing!
Senyumlah.
Indahnya dunia.
0 ulasan:
Catat Ulasan