BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, 3 Oktober 2011

KEMBARA TEMASIK |Part II [ c ]




Sambung cerita ceriti bergambar kembara @Temasik masih pada hari ke-2 ... tapi ni sesi petang pula. Masyarakat Cina sedang sibuk membuat persiapan Tahun Baru Cina, kami pun sibuk juga nak tengok n rasa sendiri bahang kemeriahannya @Chinatown. Berpandukan direction yang diberi oleh akak Warna Textiles, dari Bugis Junction kami naik bas terus ke Chinatown.

Lets pictures to talk ...

Antara barang² dagangan;
Candies n nuts;

Kehalusan serta keunikan seni & budaya;

Saya sangat teruja menyaksikan keindahan senibina bangunan² lama yang terus dipelihara serta dipulihara. Bukan sahaja di sekitar Arab Street dan Muscat Street, tapi sehingga ke Chinatown ini. Saya terfikir sesuatu; di bandaraya Kuala Lumpur juga tiada kurangnya dengan senibina seumpama itu terutama di sekitar Jalan Chow Kit, Jalan TAR dan Jalan Melayu (sekadar menyebut beberapa nama jalan), tapi mengapa seperti tiada usaha seumpamanya, bahkan terbiar kusam dengan cat yang telah berlumut lagi menggelupas. Siap dengan landskap paku-pakis lagi tumbuh di birai² tingkap. Lihatlah saja apa sudah jadi pada kompleks Mahkamah Persekutuan lama yang berlokasi di tengah² bandaraya Kuala Lumpur ..? Dari kepingan tingkap yang telah pecah, mata saya menerobos ke dalamnya yang bagaikan rumah usang lagi ber'hantu'; bagaikan tiada sesiapa yang peduli lagi. Tapi, saya puji dan tumpang bangga dengan kerajaan negeri Melaka. Mengapa ..? Tunggu catatan Kembara @Bandar Hilir pula yaa ... hihiii.

Pelihara dan pulihara;

Bagi yang nak beli souvenir, molek la beli kat Chinatown ni ... murah murahh murahhh saje. Key chain, fridge magnet, etc ... key chain boleh dapat semurah RM 0.70 atau SGD 0.30.



















KEMBARA TEMASIK |Part II [ b ]




Masih lagi kembara @Temasik pada hari ke-2 ... Lepas makan n pusing² sekitar Masjid Sultan n Arab Street, langkah diatur menuju Istana Kampung Gelam. Apa yang ada di dalamnya atau sekitarnya ..??? Ini beberapa gambar yang saya lekat pada blog ini ... Selebihnya, kenalah datang, lihat n alamilah sendiri ...

* Melayu hanya tinggal pada " warisan " ..???

Saya sangat suka melihat tinggalan sejarah serta warisan dulu punya duluu punya duluuu ... Melihat dalam diri, mengimbau suatu zaman yang saya tiada padanya; namun mungkin bisa dijadikan peringatan serta iktibar; juga, memungkinkan diri untuk menjadi seorang warga bumi yang lebih bersyukur.

Inilah istananya serta gate utama;

Antara yang ada di dalamnya;


Naskhah al-Quran tulisan tangan di alam nusantara.


Lain²;
Perkarangan Masjid Sultan suatu ketika dahulu merupakan pusat berkumpulnya bakal para hujjaj menuju Tanah Suci.

Perhatikan ejaannya;

Lagi ... teringat saya tuan director Ahmad Nisfu ... hihhiii.

Ada banyak lagi gambar² lain, tapi cukuplah ini sahaja ...

" T H E L O S T H E R I T A G E "

TATKALA TUAN DOKTOR TERLANTAR SAKIT





Apa ..???
Tuan doktor sakit ..???
Denggi lagi lagii lagiii ..???
SyafakAllah, tuan doktor nan sangat baik budi lagi sangat baik hati ...


أَسْأَلُ اللهَ الْعَظِيْمَ رَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ أَنْ يَشْفِيَكَ

“ Aku bermohon kepada Allah Yang Maha Agung, Tuhan yang menguasai arasy yang agung, agar menyembuhkan penyakitmu ”.