BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, 3 Oktober 2011

KEMBARA TEMASIK |Part II [ c ]




Sambung cerita ceriti bergambar kembara @Temasik masih pada hari ke-2 ... tapi ni sesi petang pula. Masyarakat Cina sedang sibuk membuat persiapan Tahun Baru Cina, kami pun sibuk juga nak tengok n rasa sendiri bahang kemeriahannya @Chinatown. Berpandukan direction yang diberi oleh akak Warna Textiles, dari Bugis Junction kami naik bas terus ke Chinatown.

Lets pictures to talk ...

Antara barang² dagangan;
Candies n nuts;

Kehalusan serta keunikan seni & budaya;

Saya sangat teruja menyaksikan keindahan senibina bangunan² lama yang terus dipelihara serta dipulihara. Bukan sahaja di sekitar Arab Street dan Muscat Street, tapi sehingga ke Chinatown ini. Saya terfikir sesuatu; di bandaraya Kuala Lumpur juga tiada kurangnya dengan senibina seumpama itu terutama di sekitar Jalan Chow Kit, Jalan TAR dan Jalan Melayu (sekadar menyebut beberapa nama jalan), tapi mengapa seperti tiada usaha seumpamanya, bahkan terbiar kusam dengan cat yang telah berlumut lagi menggelupas. Siap dengan landskap paku-pakis lagi tumbuh di birai² tingkap. Lihatlah saja apa sudah jadi pada kompleks Mahkamah Persekutuan lama yang berlokasi di tengah² bandaraya Kuala Lumpur ..? Dari kepingan tingkap yang telah pecah, mata saya menerobos ke dalamnya yang bagaikan rumah usang lagi ber'hantu'; bagaikan tiada sesiapa yang peduli lagi. Tapi, saya puji dan tumpang bangga dengan kerajaan negeri Melaka. Mengapa ..? Tunggu catatan Kembara @Bandar Hilir pula yaa ... hihiii.

Pelihara dan pulihara;

Bagi yang nak beli souvenir, molek la beli kat Chinatown ni ... murah murahh murahhh saje. Key chain, fridge magnet, etc ... key chain boleh dapat semurah RM 0.70 atau SGD 0.30.



















1 ulasan:

Ibu Yusuf Maryam berkata...

Singgah ziarah.. Ibu Yusuf follow sini.. :D