BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Selasa, 20 Disember 2011

K E M B A R A . S U M U T |Day 3 [ Part II ]



Catatan tertunda dan bertunda tundaa tundaaa lagi; hari ke-3 @S U M U T 13 September 2011. Selesai makan siang di Simarjarunjung, perjalanan diteruskan sekitar jam 12:45 tengah hari (WIB). Cantiknyaaa view sepanjang perjalanan ... subhanAllah. 15 minit perjalanan, tetiba Kijang Innova berhenti di pinggir satu selekoh yang agak lapang. Hmm, ape hal pulak nii ..? Wahhh terima kasih ... rerupanya DAR nak bagi peluang saya klik klikk klikkk rakamkan keindahan Danau Toba dari tanah tinggi Banjaran Sumatera sepuas puass puasssnya ..! Lantaran itulah kenderaan diberhentikan di tepian jalan; port yang bersesuaian. Tak lama lepas tu, satu van pelancong mat salleh turut berhenti menyertai kami.
Jalan yang sempit, berliku², jurang dan curam menanti adakalanya pada bahagian kiri, adakalanya pada bahagian kanan perjalanan. Hilang rasa gayat, lerai dan hilang entah ke mana segala "kesakitan" yang ditanggung 3 hari sebelum kembara ini dimulakan. Syukur ya Rabbiii ...

Kondisi jalan yang rosak teruk berlarutan entah berapa puluh atau berapa ratus kilometer. Hihiii ... tapi mata masih lagi segar menyaksikan view di kiri dan kanan jalan; melihat ladang limau, ladang sayur²an dan "ladang" bertembok tinggi pusat penternakan "haiwan itu" yang diperkhabarkan oleh DAR milik seorang anak bekas pemimpin utama negara berkenaan. Sesekali kenderaan meminggir memberi laluan kepada anak² sekolah. Takjub sekejap melihat kanak² beruniform sekolah memenuhi bas hingga ke bumbung. Pemandangan yang cukup asing bagi kita rakyat Malaysia, kan ..?

1:30 tengah hari kenderaan memasuki satu lorong kecil menuju ke sebuah istana lama yang juga disebut Istana Bolon milik kerajaan Raja Batak Simalungun di Permatang Purba. Persekitaran surammm, sunyiii, sepiii ... Pada pondok tempat Raja Batak beristirehat sedang duduk melepak beberapa orang pemuda tempatan. Lega sikit rasanyaaa. Tidaklah kami bertiga saje di situ. Tapi mereka selamba saje tidak hiraukan kehadiran kami. Maka DAR dengan sukacitanya melantik diri sendiri sebagai jurucakap menerangkan itu ini begitu begini. Memasuki ruang dalaman istana, hohoohooo ... manyak suram ooo. Satu perkataan yang lebih tepat - H O R R O R ..! hhee ... rasanya bagaikan hilang selera saya nak klik klikk klikkk. Seriously, i dun like it ..!

Pada satu tiang utama, bersusun digantung tanduk kerbau. Satu raja naik takhta = 1 tanduk kerbau. Sementara itu, bahagian dalaman selain ditempatkan sebuah bilik raja, terdapat juga ruangan panjang yang menurut DAR menempatkan para gundik bersama tungku masak kepunyaan masing². Pada bahagian atas tungku ada para² tempat meletak kayu api. Para gundik tidak dibenarkan keluar istana ini. Jadi segala keperluan akan disediakan oleh para petugas istana.

Lihat foto di bawah n fokuskan mata pada tingkap di hujung sana. Tingkap tu posisinya tidak tegak 90 darjah, tetapi agak senget. Apa gunanya ..? Hhuu ... di situlah gundik raja akan berpaut tangan pada "tiang" kiri kanan tingkap, berdiri sambil menyandarkan sedikit badan ... untuk melahirkan bayi.

Pada bahagian luar istana pula antaranya terdapat binaan menempatkan lesung² kayu. Untuk apa ..??? hhee ... lesung² itu menurut DAR ( andai info ini kurang tepat, maaf ye ) adalah tempat para wanita menumbuk ( tumbuk apa ..? padi kottt. Lupa pulak nak tanya ) dan kehebatan seseorang wanita menumbuk adalah kriteria untuk dipilih sebagai gundik raja. So, terfikir pulak saya ... yang tak rela jadi gundik tu tak payah la tunjuk terror menumbuk ... Boleh gituu ..? hhee
Terowong di hujung sudut kanan tu adalah pintu lama access memasuki kawasan istana.

Dari Istana Bolon, dah tak jauh menuju Sipiso-Piso. 2:20 petang kami bersinggahan di lokasi air yang terjun berjatuhan dari dataran tinggi yang dianggarkan 800 meter dari aras laut. Sipiso-Piso ini terletak di Kecamatan Merek, Kabupaten Karo di sebelah utara Danau Toba. Di sinilah juga point akhir kami dapat menyaksikan Danau Toba. Hhuu ...

Indah alam ciptaan Ilahi. Bersyukurlah kerana pancaindera ini bisa menyaksikan serta menikmatinya ...


Hampir 1 jam bersantaian di sini, perjalanan diteruskan menuju Berastagi; destinasi utama penyudah untuk hari ke-3. Masa tu awan kelabu dah berkepul² di langit Sipiso-Piso. Perjalanan seterusnya yang hanya berbaki mungkin sekitar 40 minit perjalanan ... Z Z Z z z z; lena akhirnya seorang + seorang pengembara; saya dan c h e n t a h a t i sesama lena. Hheee ... nampaknya baki perjalanan kali ini m a t a sudah tiada mampu bekerjasama lagi.






Isnin, 12 Disember 2011

K E M B A R A . S U M U T |Day 3 [ Part I ]


Hhuu, catatan tertunda tundaa tundaaa ini baru sampai hari ke~3 ..??? hihiii buat² hairan la pulak saya yee ... Kali ini saya akan sambung catatan kembara Si M e r a h merentasi laluan alam dan manusia dari Tabo Cottages hingga ke Simarjarunjung. Saya paparkan gambar² sekadar sebagai perkongsian bersama kerana percayalahhh ... a picture is worth a thousand words!

Satu malam yang cukup indah ... tidur lena hingga ke pagi. Sebelum sarapan, lepaKING dulu di tepian Danau Toba menikmati betapa indahnya alam ciptaan Ilahi. Suatu pemandangan serta pengalaman yang tidak harus dilepaskan begitu sahaja ..!



Berpagi²an berdayung mencari rezeki bersama kolek kecilnya.


SubhanAllah!

Jom sarapan dulu sebelum daftar keluar. Sarapan seringkasnya sahaja dan saya lebih selesa memilih buah²an segar - avocado dan papaya.
Saya pasti akan merindui setiap sudut cottage ini ... Walaupun tanpa tv, tapi jaluran wifi yang sangat sangatt sangattt t i p t o p sudah lebih memadai kerana dengannya saya dapat melakukan perayauan seantero dunia dari cottage comel ini. Mini fridge yang disediakan serasa tidak perlu oleh kerana dingin persekitaran sudah cukup nyaman bersama keselesaan, kebersihan dan keindahan lebih utama lagi.

Two tumbs up ... for Tabo Cottages.



Jam 8:45 pagi (WIB) berKijang Innova meninggalkan Tabo Cottages untuk meneruskan kembara ke destinasi seterusnya. Sebagaimana yang telah dijadualkan, hari ini kembara akan diteruskan ke Berastagi ... menjuah-juah ..!

Sehingga bertemu lagi Samosir ... h o r a s ..!

Sempat lagi DAR bawa kami ke jeti kecil menyaksikan indah alam. Speechless ..!


Leka mem'photoshoot' ... lihatlah mereka tinggalkan saya!

09:40 pagi tiba di Pelabuhan Simanindo. Pelabuhan akhir perjalanan kami di Samosir menuju ke Tigaras untuk kembara S U M U T terus-menerus menuju Berastagi.
Kali ini saya dan chentahati saya tunggu dalam kenderaan sahaja sementara menunggu feri tiba. DAR pun lepaKING dalam kenderaan juga lepas beli tiket. Melihat sang anjing berkeliaran, pastinya mengurung diri dalam Kijang Innova adalah paling selesa. Cuaca agak terik, tapi tidaklah menyengat.

H O R A S Samosir Fiesta 2011 ..!


Sekitar 10:15 pagi feri tiba ... yeayyy!


10:30 pagi feri berlepas meninggalkan Pelabuhan Simanindo.

View dari dalam feri.


Sepanjang perjalanan kami duduk di bahagian atas aka 'kabin' feri sambil menikmati keindahan Danau Toba melaui tingkap. Kira ok laa, tapi saya yang rasa kurang selesa kerana kiri kanan depan belakang semuanya orang tempatan. So saya duduk saje di bahagian luar kabin bersama c h e n t a h a t i saya dan juge DAR.

Dapur pun saya terjah juge ... hheee.

Pelayaran lancar dengan cuaca cerah. Langit dan air danau sama kelihatan membiru. 11:10 tengah hari, alhamdulillah selamat tiba di Tigaras.
Bagi para backpakers, bolehlah naik bas ini menuju ke Berastagi.

Masjid yang berlokasi berhampiran pelabuhan.

Udara nan nyaman, pemandangan nan indah, tanah nan subur yang amat sesuai untuk pelbagai jenis tanaman. Sepanjang perjalanan berselang-seli dengan ladang kopi, jagung, herba serta sayur²an. Again ... saya tidak bisa melelapkan mata langsung sepanjang perjalanan kerana adalah satu kerugian jika saya terlepas menyaksikan pemandangan indah. Terima kasih m a t a kerana amat bekerjasama ..! Hhee.

Ohh ya, bermula perjalanan dari Tigaras tadi maka bermulalah perjalanan yang menyakitkan badan. Sebagaimana info yang saya kutip pada forum di internet, saya sememangnya telah bersedia untuk "itu". Menurut DAR sendiri, S U M U T ini memang agak terpinggir prasarananya berbanding tanah negara Indonesia di bahagian lainnya. Cuma, bagi saya secara peribadi ... not so bad laa. Sebabnya ..? ... saya pernah melalui perjalanan yang lebih teruk lagi daripada perjalanan ini sewaktu diarahkan bertugas di pedalaman Sarawak. So, bagi saya biasa² saje perjalanan di atas jajaran permukaan jalan yang rosak teruk di S U M U T ini. Lagi pula, saya takde letakkan high expectation untuk kembara Si M e r a h kali ini ... yang penting saya hepi dan enjoy dengan view sepanjang perjalanan!

11:35 pagi tiba di Simarjarunjung.
Take a break dan makan siang untuk menyegarkan fizikal sebelum terus-menerus menuju ke Berastagi. Waktu kami tiba masih lagi lengang dan hanya ada kami saje. Hampir 1 jam kemudian barulah tiba gerombolan tetamu yang semuanya orang putih bersama tourist guide memasing.

Agak kurang berselera saya makan di sini ... serasa tersangkut di tekak makanan yang nak ditelan. Apa pun, jus buah memang mabeles! 12:45 tengah hari sesudah makan siang perjalanan diteruskan lagi.