BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Ahad, 21 Oktober 2012

EDISI KEMBARA LAGI |SPRING IN MY HEART

3 days to go ..! And it's springtime ..!

Ada saje lagi yang nak dibeli memperlengkap siri kembara 10D8N. Lalu menerjah outlet di G-JA1C di Mid Valley Megamall adalah sangat heaven. Yang itu cantik, yang ini molek, yang sinun tertarik, yang sinin tergoda. Owhh serasa mahu saje saya tunjuk seraya berkata; "beta mahu yang itu, itu ... ini, inii, iniii. Sila bayarkan untuk beta ..!" ... Atau, kutip saje sendiri semua satu persatu masuk ke dalam bakul yang sedang dikelek; lantas terus menuju kaunter. Swipe saje debit card. Syukursayamasihwaras. 

Bersinggahan di Forex sebelum itu, tukar lagi matawang buat kali ke-3. Nilai tukaran yang agak menarik dan berbaloi² dengan penurunan rate sejak dua minggu ini.

Cuma, ada satu perkara yang masih belum selesai. Dan saya mesti selesaikannya. Hhuu. Perlu mengadap boss hari Isnin ini. Sebab ..? Beliau pasti 'tidak sedar' cuti yang telah diluluskannya lebih dua bulan lalu. Lantas kerana itu, beliau telah minitkan untuk saya menghadiri dua mesyuarat pada 24 Oktober; pada jam 8:30 pagi dan satu lagi jam 9:30 pagi. Ada dua 'isu' di situ. Pertama; mana mungkin saya dapat menghadiri kedua² mesyuarat itu sekaligus. Kedua; saya memang tidak dapat menghadiri kedua²nya kerana ... pada tarikh tersebut saya fly fly away far far away ..! Hhee.

Antara persiapan akhir. Siap sedia; done.












Wait for me, Uncle Wombat ..!


Khamis, 18 Oktober 2012

EPISOD B A H A G I A


S e n y u m takperlukataapaapaaapaaa



Rabu, 17 Oktober 2012

BAHAGIA ITU ADA PADA DIRI SENDIRI

Ada orang; tidak kaya, tapi dianugerahi nikmat kesihatan berpanjangan. Ada orang; pangkatnya biasa² saje, tapi setiap bulan serba serbi  berkucupan berkecukupan. Malah, lengkap tiada pernah skip memberi serta menyumbang untuk kedua² ibu bapa. Ada orang; hidup sendiri², atau juge ... hanya ada suami, hanya ada isteri ... tapi, tetap melimpah ruah dengan senyuman dan kasih sayang. B A H A G I A ..!

* Mohonizinpinjamgambareyhhwahaipemunyeasal *

Catatan ini penuh beremosi; melimpah dengan empati sebenarnya. Menelusuri, merasai, memahami keperitan serta kesakitan insan² yang sedang melalui pengembaraan sebuah kehidupan dengan berlatarkan plot cerita yang hampir menyamai apa yang telah dan sedang saya lalui. R E Z E K I setiap antara kita mungkin berlainan. Tapi, bagaimana penerimaan serta bagaimana kita menanggapi R E Z E K I itulah antara kunci B A H A G I A .

( Iaitu ) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram. [ Ar-Ra’d : 28 ]

Raja' hanya kepada-Nya; ar-Rahmaan; ar-Rahiim; al-Musawwir; al-Razzaq; al-Fattaah; al-'Aliim.

Usah berhenti berharap.