BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Selasa, 14 Mei 2013

Memori Itu Adalah Sangat S W E E T ...





 
Cerita permusafiran ...
 
- I -
Saya demam. Menggigil². Giler punye menggigil. Ubat pulak tak bawak langsung. Cuba bertahan; tapi angin dingin dan basah membuat badan tambah sengsara. Lantas  si dia menawarkan sweaternya untuk saya. Melapisi sweater yang telah sedia saya pakai. Saya menolaknya. Abis tuu, kalau dedua saya pakai ... si dia nak pakai apa ..? Biarkan saje si dia dalam kesejukan yang mencengkam ..???
 
Si dia bertegas. "Abis tu karang kalau tambah demam ..???!"
 
Saya mengalah. Lalu sweater hitam itu disarung ke tubuh. Terima kasih, Sayang. Sobsobsob.
 
- II - 
Ramadhan menghampiri pertengahan purnama. Manusia berasak². Tolak menolak. Beribu² lemon.  Jemaah umrah dari seluruh dunia terutama dari pelusuk Tanah Arab sendiri semakin bertambah  berbondong² ramainya. Melalui media semasa, diperkhabarkan jumlah jemaah umrah tahun tersebut meningkat berbanding tahun² terdahulu. Tiba hari Khamis dan Jumaat, sudah hampir menyamai jumlah jemaah pada musim haji.
 
Suatu ketika. Tercatatlah memori itu. Manusia berasak². Menghampiri kawasan Hajarul Aswad. Rempuhan ribuan manusia. Saya cuba menyongsang keluar dari arus tersebut. Tapi apalah sangat daya dan upaya saya. Terkedek² cuba membolos diri di celah² manusia sasa untuk keluar. Si dia pantas memeluk saya. Erat. Melindungi. Lalu sehabis kudrat dengan lafaz takbir melangkah menyelamatkan saya keluar daripada rempuhan itu. Allahu akbar!!! Saya masih ingat laungan itu. Sedar² saje, saya dan si dia telah berada di luar lingkungan tersebut. Ada air jernih yang mengalir dari bibir mata. Syukur ya Allah. Juge, terima kasih, Sayang. Sobsobsob.
 
Mengapa saya catatkan peristiwa² itu di sini ..?
 
Kerana; ia adalah sangat sesuatu.
 
Kerana; itu adalah antara memori yang sangat S W E E T. Dan tatkala saya mengingatinya, air mata berjuraian lagi. Rasa cinta yang meresap jauh jauhh jauhhh dalam sanubari. Terima kasih ya Rahmaan, terima kasih ya Rahiim atas anugerah-Mu ini. Sungguh ku bermohon, agar ku senantiasa di kalangan hamba²-Mu yang bersyukur.
 
 
 

0 ulasan: