BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Selasa, 23 April 2013

KEMBARA M E L B O U R N E |MASIH HARI KE-2 : MENU HARI RAYE DI BUMI WOMBAT


Membeli dan membelah di QVM; pengalaman dan kenangan yang sangat menterujakan >.<

Berehat sebentar tengah hari ini di hotel saje. Menu istimewa melayan perut yang mintak makan di hari raya begini ... roti organik, kebab semalam yang tiada kehabisan yang telah direheat, telur organik yang telah dibasuh bersih direbus dalam jug kettle (kreatif, kann ..?), teh tarik dengan susu segar dan buah²an. Syukur. Kenyang.

Sebelum melangkah keluar meneruskan agenda petang, berurusan dulu dengan pihak hotel untuk mendapatkan pakej melancong ke luar kota Melbourne. Hhaa rerupanya ahmoi yang selalu berada di kaunter reception itu adalah orang Malaysia! Kuala Kangsar lagi ..! Petugas kaunter banyak beri pandangan dalam pilih memilih pakej yang berbaloi². Asas utama, kenalah tanya diri sendiri apakah minat dan expectation kita. Pilihan saya, pastinya mahukan kunjungan ke ladang! Then, saya mahu peluk kanggaroo! Ada lokasi attractions yang mungkin lebih sesuai dikunjungi ketika summer. Contohnya seperti Mornington Peninsula yang katanya lokasi tanaman pohon buah²an. Pilih punye pilihh punye pilihhh ... akhirnya pakej Puffing Billy - Warrook Cattle Farm - Koala Conservation Centre - Phillip Island  menjadi pilihan untuk full day tour pada hari Ahad berikutnya. Harga ..? AUD190/pax.

Petang yang basah dengan udara dingin. Gigilll. Menapak lagi menuju ke RMIT University di Swanston St. menunggu tram. Waktu melintasi jalan, barulah saya perasan rupa²nya bangunan cantik berbata merah itu adalah tempat mandi awam. Senireka yang unik, cantik dan menarik. Teringat bangunan² sejarah yang berlokasi di sekitaran Dataran Merdeka.

Inilah target petang ini ..! Cha-Ching ..! Hihiii. Tengok² saje duluuu. Corelle tuu. Walaupun offer itu mungkin suda tiada pada hari berikutnya, tapiii tetap kutahan jua Jebat daripada mengangkutnya hari ini ..! Hhuu.
 

Perut lapar mintak nasi. Dah terbayang dahh makanan sedap² di Madam Kay's Platz. Mencari mencarii dan mencariii berpandukan direction yang digambarkan oleh brother yang ditemui di Flagstaff Garden usai solat sunat 'Eid pada paginya. Pusing punye pusingg punye pusinggg. Kami jumpa mural pada dinding ini - "Mohon Doa Restu". Unik tatkala ia ditemui di kota Melbourne! Lagi, menapak punye menapakk punye menapakkk ... hhuu setibanya di lokasi yang dicari, Madam Kay's Platz di Lonsdale St. cuti hari ini sempena 'Eid. Terpaksalah pula menapak ke Nelayan Indonesian Restaurant di Swanston St. Ya Allahhh syukur nikmat dapat makan nasi petang ini. Hihiii tu baru hari ke-2 ... Suda gigil² lapar nasi.

Kenyang perut suka hati. Naik tram lagi. Berhujan dengan penuh cekal menuju ke Shrine of Remembrance Melbourne. Lebat pula tuu. Berkelubung dengan disposable poncho. Hhii disposable poncho yang sama kami gunakan ketika ke Singapore dulu; sampai pula hingga ke Melbourne ini. Panjang jangka hayatnya.

Dalam hujan melebat pun sempat lagi berposing. Kota Melbourne ini memang kaya dengan pelbagai monumen dan plaque menghargai para tokoh dan pejuang tanahair.






Coat yang dipakai terkelepet ditiup angin kencang yang menderu. Tapak tangan siap dipanggang pada unggun api yang bernyala dalam 'kuali' bawah monumen. Ada sesuatu yang tak kena sebenarnya. Huhuu. Tekak mula perit. Sendi² kaki terasa sengal. Adakah dek kerana lelah menapak ... atau lebih daripada itu, simptom²  d  e  m  a  m kah ..???!




Singgah meninjau Flinders Street Station.

Tak mau cerita banyak dahhh.  Muka memang sememeh. Lesu. Tambah dengan demam yang mendatang walau masih gigihkan juge melangkah dan membeli souvenirs di Swanston St. Santapan akhir untuk malam ini, fries sesaje yang dibeli di Lord of The Fries. Disebabkan tiada pek pemegang, selamba saya minta plastik bag daripada ahpek hensem kedai souvenir. Hihiii ok la sebab dah memborong souvenir kat kedai dia tadi, kannn   >.<

Tak tunggu sampai hotel dahh ... Sesambil tunggu tram, sambil mengunyap fries panas² sambil duduk berlatarkan restoran Hungry Jacks. Sesuai la dok depan tuu. Hhee memang hungry ..!


Gud nite, Melbourne ..! 









0 ulasan: