BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Ahad, 9 Jun 2013

KEMBARA M E L B O U R N E |HARI KE-3; LAVENDER MENJADI TAMAN HAIWAN


27/10/2013; Sabtu. Hari ke-3 suda dan hari ke-2 Aidiladha di Melbourne. Sesangat tidak berdaya rasanya nak bersegera bangun. Demam ..! Perancangan utama hari ini sepatutnya berkeretapi ke Lavandula Swiss Italian Farm di Daylesford. Dek kedemaman, tambah pulak dengan bermalas²an, maka setiba di Southern Cross Railway Station, dah terlepas train ..! Hhuu sebenarnya dah jangka dahh. Tapi nak bagi puas hati, kira gamble gak laa gi ke stesen. Dan sedia tahu juge, train untuk ke sana hanya ada satu saje iaitu pada jam 9:36 pagi dengan perkhidmatan V/Line. Untuk sampai ke Daylesford, penumpang perlu tukar kepada coach (bas) di Woodend Station. Tak perlu kata dan berkata apa² dahh.

Tengok tuu ... ada 'Prayer Room'.

Sooo, kita tukar plan ..!
Let's go to the taman haiwan ..!
^_*

Terus saje kami menuju ke William St. menanti tram no.55. Tunggu punye tungguu punye tunggu, tak tiba juge tram yang dinanti. Ada grup mat saleh lingkungan usia warga emas turut menanti tram yang sama. Menurutnya, grup mereka dah lama menanti di situ. Berdasarkan maklumat trafik yang boleh di'access' melalui henponnya, tram no.55 mengalami kelewatan. Tidak mahu terus lenguh kaki terpacak di situ, chentahati ajak beredar ke Elizabeth St. untuk menanti tram no.59. Cumanya, tram ini tidak akan melalui Melbourne Zoo. Kami perlu tukar tram di somewhere nanti. Hihii saya salute dan respect la pada chentahati ... terer bab perjalanan tram ni. Terang hati selok belok tram route. Hheee. Dah lama berada dalam tram no.59 tu, baru perasan kami dah terlepas stesen yang sepatutnya kami turun tunggu dan naik tram lain. Tram no.59 tu sedang menuju West Airport. Entah di stesen mana, kami turun dan tunggu tram lain untuk berpatah balik ke Royal Children Hospital. Sekitar stesen tu nampak agak klasik suasananya dengan deretan kedai. 


Dari Royal Children Hospital ini, kami naik pula tram no.55. Hhaa ini baru betul. Tram no.55 akan melalui Melbourne Zoo.


Tiket masuk Aud26.10 untuk dewasa. Antara larat dengan tak, gigihkanlah juge kaki melangkah. Tapi, sungguhhh tersangat la sejukkk tak tertahan. Saya jangka suhu ketika itu sekitar 4°c.


Sesi sarapan pagi si lemur ... 

Beruang yang sihat ...

Raja singa yang gagah perkasa ...

Lagi ...


'Gadis dan bunga' ...

BONGO dan BINTURONG

Tak daya sangat dah rasanya tatkala meredah Melbourne Zoo ini dengan demamnya, dengan lenguh sendinya. Terpaksa take a rest ... hhuu.




Kembali ke CBD menaiki tram no.55. Terus terjah ke Madam Kay's Platz di Lonsdale St. Entry khusus untuk ini berada di sini ---> Madam Kay's Platz

Bersambung lagi : Catatan selepas sesi makan².



0 ulasan: