BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Ahad, 9 Jun 2013

KEMBARA M E L B O U R N E |Melayani Selera " Melayu Ini " di MADAM KAY'S PLATZ


Saya orang Melayu. Saya orang Malaysia. Walau ke mana destinasi sekalipun, tetap menu Melayu, tetap menu Malaysia, tetap citarasa Nusantara juge yang dicari. Tambah ketara ketat melekat selera Melayu saya ini sejak menceburi perkhidmatan awam; sejak bertugas di kementerian yang berkait secara langsung dengan masyarakat luar bandar daripada aspek keusahawanan, pendidikan hinggalah kepada produk² desa. Saya pernah merajuk kerana tak dapat makan nasi. Ini semua salah perut saya ..! Hheee.

Mendengar saje ada anak Malaysia yang mengusahakan restoran menu Malaysia di negara wombat ini, memang mengundang keterujaan. Walau kunjungan kali pertama tidak berhasil sebab bercuti Aidiladha, esok esok esokknya kami ulang ulangg ulanggg lagi. So, entry ini saya khususkan berkisah berkenaan Madam Kay's Platz di Melbourne. 

Google map;
Susuri saje QV Mall itu dan Lonsdale St.



Madam Kay's Platz berlokasi bersebelahan Restoran Dhaka, dan juge Restoran Hikari.


Kunjungan I - 27/10/2012; Sabtu
Kembali dari Melbourne Zoo, tiba di CBD telah menjengah waktu untuk makan tengah hari. Terus menyusuri Lonsdale St. menuju ke Madam Kay's Platz. Kami disambut ramah oleh brother Saiful (hope betul la pendengaran saya ini).



Teh tarik dan Nescafé tarik big mug tamakdanselerabesar panas² pada dingin musim bunga, dengan nasi lemak panas² bersama sambal paru; nikmat yang tiada taranya. Hilang terus demam dan rasa sengal sendi di kaki.


Rasa yang sungguh mabeles. Skala 10/10 untuk chef Madam Kay's Platz ..! Hhee full mark tu ..! Apabila anda berjaya menghabiskan sepinggan nasi lemak tatkala demam, tidakkah itu hebat ..? Sama ada lantaran makanan yang mabeles; atau perut sayakah yang memang berpisah tiada dengan nasi ..? 1 teh tarik dan 1 Nescafé tarik kedua²nya bersaiz big mug, set nasi lemak sambal paru dan sepinggan nasi goreng - semuanya Aud28. Portion sambal paru tu banyak sampaikan saya tapau bawa balik ke hotel. Makan ngan roti. Perghhh.

'suspected' as teraju utama Madam Kay's Platz ... ampun jika tersilap ;)



























Kunjungan II - 29/10/2012; Isnin
Berselang hari. Ahad tidak berkunjung ke sini kerana kami berada di luar kota Melbourne menyertai day trip tour ke Puffing Billy, cattle farm, Koala Park Sanctuary dan Phillip Island.

Kali ini untuk bersarapan, kami order menu yang sama. Roti canai, kari ayam sedap dan dua teh tarik small mug.


Kunjungan III - 01/11/2012; Khamis
Hari terakhir sebelum berakhir percutian dan akan kembali ke Malaysia pada esok harinya. Makan tengah hari di lokasi yang sama. Dua hari berturut² sebelumnya kami tidak berkunjung ke sini, itu bermakna kami tiada di kota Melbourne. 

Ada kami di kota Melbourne; insyaAllah akan adalah kunjungan kami ;)



Selamat Maju Jaya, Madam Kay's Platz ..!





0 ulasan: