BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sabtu, 22 Mei 2010

Terima Kasih Tuan Doktor




Saya baru sahaja tiba di rumah ... usai daripada pertemuan dengan tuan doktor. Bermula dari 15 Mei hingga ke hari ini 22 Mei 2010 ... hari ini hari ke-8 saya berjanjitemu dengan beliau. Suntikan, ujian darah, ujian imbasan ... silih berganti ... huhuhu ... walau masih bisa tersenyum, ceria bagai hari-hari nan lalu, namun sesekali hiba pula hati ini ... tak mengapa, ini "bahagian" saya. Hanya, saya berdoa agar usaha ini membuahkan harapan ... dan kesudahan positif dengan 'inayah serta kasih sayang-NYA ... aminnn.

Terima kasih tuan doktor ... sebagaimana hari-hari lalu, saya tidak perlu menunggu lama menanti giliran untuk masuk ke bilik rawatan. Walau rasa tidak selesa sebab saya "potong Q", tapi sudah itu yang tuan doktor berikan "keistimewaan", saya terima dengan ucapan terima kasih tiada terhingga. Dengan "keistimewaan" yang diberi, alhamdulillah saya dapat selesaikan urusan saya di hospital kurang dari 1 jam n dapat bersegera masuk semula ke pejabat agar tiada tugas-tugas saya yang tergendala. Saya jangka apabila melibatkan waktu kerja sahaja saya diberi "keistimewaan" itu, tetapi hari cuti begini pun masih sama sedangkan pesakit / pelanggan lain berpuluh orang lagi sedang menunggu ... terima kasih tuan doktor! Dan, esok hari Ahad 23 Mei 2010 tuan doktor tetap hadir bertugas untuk uruskan rawatan saya! Setiap kali selesai urusan pembayaran bil pula, saya segera melihat kadar bayaran yang tertera ... sebagaimana hari-hari lalu, tuan doktor tiada mengenakan sebarang bayaran bagi specialist consultation fee ... hanya yang perlu saya bayar adalah charge bagi dos ubat n peralatan dari farmasi ataupun charge bagi ujian darah di makmal.

Saya terlalu berahsia ..??? Maaf, saya belum n tidak bersedia untuk berkongsi ini semua kepada umum. Bukan saya tidak mahu berkongsi cerita, berkongsi rasa dengan mereka, tetapi bagi saya "ia" adalah amat peribadi ... serta yang lebih utama, saya sedang berusaha mengelak serta meminimumkan sebarang unsur tekanan. Di ketika ini tatkala jejari saya mengatur huruf demi huruf, sama pantasnya air di tubir mata ini gugur satu persatu ...

Tugas dan tanggungjawab saya di pejabat ..???
Saya sedang dan akan berusaha sedaya mungkin untuk selesaikan hal ehwal berkaitan saya ... huhu ... hal ehwal kewangan, sebut harga, pembangunan, projek fizikal ... Namun, saya juga perlu teruskan apa yang telah saya mulakan ini setelah saya sendiri mohon daripada tuan doktor untuk tangguhkan rawatan ini pada Mac lalu lantaran tuntutan kerja yang tidak bisa saya tinggalkan ketika itu. Kini tempoh penangguhan telah tamat bagi saya ... justeru, andai sesuatu berlaku n saya tidak bisa untuk menyelesaikan hal ehwal kerja saya, saya harap ada seseorang yang boleh mengambilalih tugasan saya itu ... Saya perlu lakukan ini untuk diri saya, untuk masa depan saya ... huhu ... Maafkan saya ..!

0 ulasan: