BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Jumaat, 11 Jun 2010

HARAP DAN HARAPAN


Pagi ini saya ada janji temu dengan tuan doktor di DEMC. Saya ambil cuti tahunan yang masih berbaki 41 hari. Sebelum itu saya bersinggahan di opis terlebih dahulu disebabkan ada beberapa dokumen penting yang perlu ditandatangani dan juga hal ehwal berkaitan kewangan yang perlu disahkan dalam sistem ... huhu ... Sempat gak berleter pepagi buta ..! huhu ... dengan sesungguh hati saya amat tidak suka situasi sebegini ..! Hampir 1 jam juga saya ambil masa untuk selesaikan itu semua ... itu pun saya senyap² sahaja di dalam bilik menyudahkan dokumen yang memang telah sedia ada diletakkan atas meja ... hikhik ... andai saya kecoh² menguar-uarkan kehadiran saya pagi ini (chewahhh ... glemer benar la tuu) pasti berderetan yang mahu menemui saya ... wakakka ... Apa pun, boss sempat menyapa bertanya perkhabaran ... hahaha ... gabra semacam saya dibuatnya ..! Boss baru mungkin ... tu yang saya jadi serba tak kena. Hampir jam 10:00 pagi saya bersegera beredar ... huhu ... dengan kepala dan fikiran nan sarat, berserabut ..! Atas kapla batu busar juga saya rasa ada duduk ..! huhuhu

Tiba di DEMC sekitar jam 10:05 pagi ... angka giliran 0505. Tuan doktor sebagaimana lazimnya, tersenyum menyambut saya dan chenta hati saya. Tuan doktor bertanya beberapa perkara, kemudian buat ujian imbasan. Ada sesuatu yang tuan doktor katakan ... yang pasti, ia adalah berkenaan HARAP DAN HARAPAN ... Saya harap, benar-benar berharap, IA akan menjadi nyata ... aminnn ya Rabb al-'Aalamiinnn ... Usai di kamar tuan doktor, saya naik pula ke aras 3 menuju ke lab ... amik darah ... again ..!

Turun ke GF, terus ke kaunter janji temu ... call chenta hati saya hanya untuk pembayaran bil ... hikhik ... sebagaimana sessi² yang lepas, tuan doktor masih lagi tiada mengenakan sebarang charge khidmat pakar ... terima kasih tuan doktor ..!

Sesuatu yang benar² mencemaskan saya berlaku petang ini ... ya Allah, kurnia untukku kekuatan ... pasrah, bersama HARAP DAN HARAPAN nan tiada lekang ...






0 ulasan: