BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Rabu, 2 Jun 2010

TERIMA KASIH ... LAGI DAN LAGI










Saya kemaskini kembali segala rekod bil sepanjang saya mendapatkan rawatan di DEMC dari fail manual ke fail
excel ... bermula dari 15.05.2010 hingga 29.05.2010. Hmm ... jumlahnya ..??? ... saya tak tau nak kata murah atau mahal kosnya ... apa yang pasti, hampir 50% kurang daripada kos yang saya jangka ..! Dan, yang pastinya lebih rendah berbanding sesetengah pusat rawatan / hospital milik kerajaan (andai saya perlu membayarnya) untuk rawatan berkenaan ..! Lebih rendah disebabkan kos ubat-ubatan ..? Tidak mungkin rasanya ... sebab pelbagai ubat-ubatan perlu saya ambil. Hanya yang pasti, tuan doktor tiada mengenakan sebarang bayaran antara tempoh 11 hari saya berulang-alik berjanjitemu di hospital bagi bayaran specialist consultation fees dan juga specialist procedure fees ..! Kos ujian makmal n ubat-ubatan serta item dari bahagian farmasi sahaja diambilkira ...

Saya kurang pasti bagaimana penentuan bayaran bagi khidmat pakar, tapi bagi saya secara peribadi agak 'kurang percaya' dengan jumlah yang tertera ... dengan khidmat prosedur setiap hari yang mengambil masa antara 15 hingga 30 minit, ruang masa pula diberi kemudahan untuk saya masuk terlebih dahulu (walaupun still juga perlu ambil nombor seperti pesakit/pelanggan lain) n adakalanya tuan doktor terpaksa ikut senggang waktu saya seusai dari waktu pejabat. Apa pun, syukur atas segala rezeki, kemudahan laluan sepanjang saya menjalani rawatan ini ... ini juga satu daripada REZEKI daripada-Nya ..! Terima kasih buat ketua jabatan saya, dan rakan-rakan yang banyak membantu sepanjang tempoh rehat saya ini ... dan terima kasih tiada terhingga buat tuan doktor ..! He's the best doctor i've ever seen ... Terima kasih, terima kasih, terima kasih ...

0 ulasan: