BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Ahad, 5 Februari 2012

B e i j i n g in W i n t e r |KENDURI S T R A W B E R R Y



29 Januari 201
2; syukur ... selamat mendarat di KLIA perjalanan terus menerus +-3 jam ½ dari Hong Kong. Jam 8:10 malam telah menjejak kaki di terminal. Hhee ... tup² terus saje berkisah selamat tiba di Malaysia, erkk ... Yearghhh, sangat sangatt sangattt merindui Malaysia; tanahairku nan terchenta ..!

Saya bercuti sehingga 31/01/2012. Amik nafas panjang panjangg panjanggg dulu sebelum masuk opis. Dalam dua hari itu la saya cuba untuk 'release' fizikal kepada asalnya "saya orang Malaysia". Memang flat sungguhhh. Tapak kaki saya membengkak. Jalan suda macam pingu; terkedek kedekk kedekkk. Hheee. Lelain biasa saje. Cuma sangat banyak lendir dari peparu berlumba² mahu keluar ... ayyarkkk. Agak kelakar, saya kena ruam lampin ... hahaa. Rashes naik pada bahagian 'belakang'; sama cam baby. Disapu dengan Nivea losyen, tiada lagi gatal² dek ber'longjohn' seharian.

Termenung saya tengok buah stroberi yang masih ber
bungkus dalam plastik. Melihat pada fizikalnya yang masih elok segar, terfikir pula ntah berapa lapis punya lapis punya lapis bahan pengawet yang dicelup padanya. Agak lama juge saya rendam dalam air bersih. Saya beli di hadapan Pasaraya Muslim Niujie. Nyonya yang menjualnya langsung tak reti berbahasa lain selain Mandarin. So saya peratikan dulu bagaimana penduduk tempatan membelinya. Akhirnya saya hulur ¥20 pada nyonya. Dapat la 500 gram stroberi yang besar besarr besarrr saiznya. Rasanya juga agak manis; juicy!

Selasa malam tu, fikir punya fikir punya fikir ... at last saya blend sebahagiannya bercampur susu segar. Saya jadikan puding stroberi. Dilapisi pula dengan coklat masakan setebal mungkin. Then tabur pula denga
n potongan buah stroberi. Perghh, sodap giler gilerr gilerrr.


Maka esoknya kenduri puding stroberi la kat opis bersama dengan candy kekacang sedap dari Beijing. Rezeki kamu semua.





0 ulasan: