Ikan masak asam pelbagai versi. Ini bukan asam pedas atau asam rebus tauu ... tapi masak asam j a w a. Perghhh, sedap giler ..! C h e n t a h a t i pernah requested masak asam ni, tapi cam pelik pulak saya dengar. Katanya arwah MIL dulu selalu masak. Tapi bila saya dah cuba sekali, berkali kalii kaliii jadinya.
Versi hari Khamis
Versi hari Ahad. Saya jarang masak pada hujung minggu. Tapi dek alah dengan godaan si ikan kembung kecik² goreng garing, saya gigihkan diri memasak. Makan panas² dengan nasi putih beserta ikan kembung goreng kegemaran. Lawan pulak dengan kicap cili dipatah². Tak perlu kata apa apaa apaaa dahhh ... makan saje!
Ni namanya ikan gerut² ... tambah dengan bendi, serai dititik. Tambah sedap n makan pun bertambah tambahh tambahhh.
Ikan kembung segar kecik² RM6 sekilo. Walaupun kecik, tapi mostly bertelur.
Kenyang perut suka hati. Alhamdulillahhh; rezeki makan untuk hari ini.
2 ulasan:
assalamualaikum kak,
boleh tak nak resepi ikan asam tu,
nampak sedap giler,
terngiur je ni..
mira
bahan2 tumisan simple cam biasa -
. bwg putih, bwg merah, halia } hiris
. air asam jawa } ikut tahap kemasaman yg disukai
. masukkan bwg besar} potong bulat
. masukkan serai, cili api } diketuk2 dulu
. tambahkan air utk kuah
. dah mendidih, akhir sekali masukkan ikan
(ikan digoreng terlebih dulu)
Catat Ulasan