BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sabtu, 13 April 2013

KEMBARA M E L B O U R N E |CERITA HARI 1 YANG BELUM SELESAI


| Huhh ..! Catatan hari pertama pun belum selesai ..?! |

Balik daripada ronda² CBD dan selesai santapan tengah hari di bilik 303 Nova Stargate, siap bersolat segala ... masa untuk melelapkan mata seketika. Dah tak menahan dahh. Lagi² sepanjang 8 jam penerbangan LCCT ke Tullamarine Airport hanya beberapa jam saje terlena.

Menjelang petang, bersiap sedia untuk agenda fasa kedua hari pertama. Menuju ke bahagian tebing selatan Yarra River, 88 Eureka Skydeck ..! Ketika keluar dari Nova Stargate, persekitaran basah dan lembap. Oohh ketika kami lena merehatkan mata dan badan beberapa jam tadi, hujan rerupanya di sekitar CBD. Air hujan masih bertakung di lopak². Tak jauh dari penginapan, singgah 7E beli Myki memudahkan kami ber'tram' ke sana sini. Di persimpangan lokasi 7E ini juge terletaknya Melbourne International Backpackers. Menyusuri CBD dengan berjalan kaki hingga ke RMIT University di Swanston St. menanti tram. Dari Swanston St, turun di National Gallery of Victoria. Jalan jammed menggila masa tu sebab warga kota Melbourne baru keluar opis. Tak masuk pun dalam National Gallery dan memang bukan waktu beroperasinya dah punn. Menyusur je berjalan kaki merentasi State Theatre hingga ke Southgate. Menyusur menuju Southgate, baru perasan rerupanya jauh kami melencong. Walhal Eureka Skydeck berhampiran je dengan Flinders Street Station ..! Hihiii.








 Meh berposing dulu ye ..! Hihii sepesen je gaya tu, kannn.




Beli tiket AUD18.50 untuk seorang dewasa dengan diskaun 10% menggunakan baucher minicards yang diambil di lobby Nova Stargate. Bawa 2 minicards, so dapat la diskaun 10% untuk setiap seorang. 10% saje ..?! Hhuu 10% pun 10% laaa. Hheee.

Selesai beli tiket, terus menuju lif dan tunggu giliran untuk naik. Ada petugas di situ yang mengiringi. Sumber internet yang saya baca, untuk sampai ke aras 88 hanya mengambil masa 3 saat ..! Hhee. Pada perkiraan jam saya, adalah 7 saat ..! ;)

Wahhh sayuppp. Cuma dek cuaca petang yang mendung dan suram, kualiti gambar pun ala² suram juge ;) Bagi yang suka pengalaman lebih thrill, bolehlah masuk The Edge; bahagian glass cube dengan bayaran AUD12. Cuba ngusik c h e n t a h a t i untuk mencuba, tapi pantas kepala digeleng. Hihiii. Nak rasa udara luar ..? Hhaa bolehlah masuk The Terrace yang hanya 'dipagari' dengan 'jejaring'. Angin menderu dengan udara lembap. Sejuknyaaa ya Rabbiiiii. Gigilll sesungguh² gigilll. 

Sekitar dua jam juge berEureka Skydeck. Menikmati pemandangan malam dengan gemerlapan lampu kota Melbourne dari aras 88. Lebih penting, free wifi di atas nunnn adalah superb! Hihiii.


Meninggalkan Eureka Skydeck, menyusuri Yarra River menuju Flinders Street Station. Hujan merenyai dengan angin menderu². Sejukkkkk. Harus membawa demam. Hhuu. Sempat lagi berposing. Dua orang ceweks pelancong dari Indonesia minta bantuan diambili foto mereka. Pemandangan sekitaran Yarra River pada waktu malam adalah; wallaaa!




Perut dah mula melapar mintak diisi. Nelayan Restaurant pulak dah tutup. So berkebab sajelah malam ini. Lokasi gerai kebab ni di belakang Lord of The Fries di Swanston St. Bagi yang nak cari souvenir, di Swanston St. ni banyak pilihan juge terutama cap yang cantik². Harga pun boleh tahan. Consider murah.


Wokey, gud nite ..!




0 ulasan: