BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Jumaat, 19 April 2013

KEMBARA M E L B O U R N E |HARI Ke2 - MUSAFIR DI 'EIDULADHA


26/10/2012 yaumu al-Jumu'ah; sayyidu al-ayyam bersamaan 10 Dzulhijjah 1433 Hijriyyah = Hari Raya Korban ..!



Bangun seawal pagi. Mandi sunat 'Eiduladha. Pakai pakaian cantik². Merentasi parkir kereta Queen Victoria Market (QVM) menuju ke Flagstaff Garden. Info daripada rakan siber, Islamic Council of Victoria (ICV) lazimnya akan menganjurkan solat sunat 'Eid berjemaah di situ. Diperkukuhkan lagi dengan Googlean yang dilakukan pada hari sebelumnya, dengan penuh teruja berdoa dan berdoa moga² cuaca pada pagi itu tiada rintik hujan. Dan alhamdulillah, cuaca pada pagi 10 Dzulhijjah itu amat baik dan cerah sekali dengan kedinginan yang cukup mendamaikan.


Ketika merentasi parkir QVM, kelihatan sekeluarga Melayu yang juge saya yakin menuju lokasi yang serupa dengan tujuan yang sama. Dari jauh dah kelihatan para jemaah siap sedia berhimpun beralaskan kanvas biru di atas rerumput yang menghijau. SubhanAllah. Mereka sedang bertakbir terus menerus. Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar ...



Pada perkiraan saya, menjangkau 1,000 orang jemaah berada di sini untuk menunaikan solat sunat 'Eiduladha. Pelbagai bangsa, pelbagai bahasa, pelbagai warna kulit, dari pelbagai negara dengan kepelbagaian budaya; tetapi tetap satu aqidah di bawah langit biru nan sama.


Usai solat sunat 'Eid, masa untuk menjamu selera. Tiada ketupat. Tiada lemang. Tiada nasi impit atau lontong daun pisang. Tiada rendang. Tiada kuah kacang kegemaran. Menu istimewa; roti rempah ratus bersama jus ;)






Waktu sedang menjamu selera, serangkaian Pak Arab menari dan menyanyi. Bergembira di hari raya gitu konsepnya . Hihiii.








Ini kenalan baharu kami yang menziarahi isteri beliau yang sedang bertugas di Melbourne. Malangnya saya kelupaan apakah nama brother ni. Hhaa kesempatan gini la boleh berkongsi pengalaman dan selok-belok Melbourne. Paling menarik, brother ni syorkan kami menjejaki dan mencuba menu di Madam Kay's yang berlokasi di Londsdale St. Pertama kali mendengar nama restoran berkenaan sebab tiada ketemuan sebarang info mengenainya di internet sebelum ini. Menurut kata brother ni, Madam Kay's adalah milik Melayu dari Malaysia. Makan² ..??! Perghhh haruslah untuk diterjah ..!

Seusai solat dan makan² seadanya, bersinggahan di QVM. Ada agenda penting di situ. Masa untuk membeli dan membelah souvenirs ..! Beli awal sebab esok esokk esokkk suda lain pula itinerarynya.

Memang heaven ..!
Fokus souvenir untuk dibeli ... tea towel beridentiti flora dan fauna eksotika bumi OZ. Cantik cantikk cantikkk semuanya dagangan pakcik yang berasal dari Greece ini.


# Ohh gambar fridge magnet Puffing Billy itu 'tersesat' di situ. Itu bukan dibeli di QVM ;)
 
Aksi² duta QVM ;p


Ini adalah rakaman sekitaran QVM secara rawak sesaje. Rakaman kenangan. Saya pasti akan merinduinya pada suatu ketika nanti.

Projek apartment SP Setia di Fulton Lane. 'Murah' saje harganya ;) Berlokasi dalam area CBD; dan paling penting dekat dengan QVM ! ;)


'Eiduladha nan indah di bumi Melbourne. Dan memang benar, tatkala jari jemari klik² pada papan kekunci ini, dalamhatiadarindu ..!

^-*





0 ulasan: