BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Ahad, 6 November 2011

'EID AL-ADHA @SanggarChenta



Allahu akbar Allahu akbar Allahu akbarrr
... Salam 'Eid al-Adha 1432 hijriyyah. Menyemarak semangat korban, berkorban dan pengorbanan dengan suci hati. Bagaimana 'Eid al-Adha @SanggarChenta ..??? Biasa biasaa biasaaa saje. Di Surau al-Hidayah DC 9 ekor lembu dan 2 ekor kambing telah selamat dikorbankan. Alhamdulillahhh ...

< c h e n t a h a t i nak pegi bersolat sunat 'Eid al-Adha.

Menu di dapur pula bagaimana ..? Sebagaimana biasa, ketupat m
esti ada. Cuma, dek kemalasan luar biasa, kelongsong siap beranyam saya beli di pasar pagi Paya Jaras. Femalas benar kamu yee ... hhuu. 10 kelongsong ketupat = RM5.00 ... amekawww ..! Kekawannya pula disuaipadan dengan kari ayam pekat sedap melekat; dan juge rendang ayam cili api yang pedas ala² saje. Kali ini tiada sambal kacang berdaging kegemaran. Sebab utama; dek kemalasan luar biasa saya. Tak dapat nak ditolong dahhh ... hhuu lagik. Ayam segar saya beli di pasar pagi Paya Jaras juge. Saya beli ayam berjenama JATI. Ayam bersih tanpa kepala, organ dalam dan kaki RM13.00. Saya suka ayam berjenama JATI ni sebab tiada kesan darah atau hanyir melekit lagi sebab telah dibersihkan terlebih dahulu. Ayamnya memang segar, isi agak pejal dan paling penting, kurang lemak serta mempunyai cop mohor H A L A L JAKIM ..! Rasanya tak pernah lagi saya lihat ayam siap proses yang dijual di pasar² tani atau pasar malam siap mempunyai perakuan halal daripada pihak berautoriti.

Masak guna rice cooker saje ... mudah, panas serata dan tak perlu jaga apinya.

Petua : Jirus/cuci atau alirkan dengan air sejuk bersih sebaik saje diangkat keluar panas² dari periuk untuk mengelakkan anyaman kelongsong mengecut/jadi tak cantik sampai memperlihatkan isi ketupat di dalamnya.
Kekawannya ...




Rabu, 2 November 2011

K E M B A R A . S U M U T |Day 1 [ Part II ]




Keluar dari terminal, ramai yang sedang menanti dan satu daripada kertas bersaiz A4 yang ditayang serta diangkat² tertera nama saya. Itu dia DAR ..! Hihiii ... awal pertemuan, biasalahhh semua rasa serba janggal. Saya curi² pandang DAR sebab nak pastikan betulkah ini orangnya. Tengok dalam forum cam agak berisi orangnya, tapi yang ini kurus saje! Hhee ... dalam hati berkata², kira betul la tuu kot orangnya.

Tepat jam 9:00 pagi waktu tempatan Kijang Innova bergerak meninggalkan perkarangan Lapangan Terbang Polonia terus menuju ke Parapat. Perut masih kenyang sebab dalam perjalanan ke LCCT sebelumnya kami dah siap bersarapan di R&R Dengkil usai bersolat fardhu Subuh.

Masing² sedang sibuk memulakan aktiviti harian pada awal pagi. Bak kata ketua jabatan saya; " di Republik Indonesia, semua orang mesti bekerja ".
Paparan seterusnya adalah sekitar 3% daripada antara hasil klik klikk klikkk saya. Hasil tidak tidur saya sepanjang perjalanan terus menerus dari Polonia ke Parapat bersesuaian la pula dengan misi pengembaraan serta penerokaan alam & manusia @S U M U T kali ini.

Patuhilah rambu-rambu ...
Did u hear about the "MERAMBU" ..??? akkaakaaa.


Lagiii ...

Berdiri atau duduk di tengah² jalan itu bukan pekerja pembinaan atau pembaikan jalan; tetapi adalah individu secara berkumpulan mengutip derma sama ada untuk masjid atau lain² prasarana awam. Teringat pula ahpek dalam filem "Madu 3"; hheee ... tapi itu ahpek pegang bendera putih, yang ini pula pegang bendera merah. Di tangan mereka ada penyauk ala² jaring ikan untuk pemandu atau pengguna jalan raya masukkan derma serta sumbangan. Kreatif, kann ..??? Ada berani praktikkan di Malaysia ..???

Gerai jualan jajanan. Sepanjang jalan, saya bagaikan anak² kecil yang asyik bertanya itu dan ini kepada DAR. Sehinggakan Ops Toba pun saya tanya apakah ia ... UKM pun saya tanya juga. UKM = Usaha Kecil Menengah. Haa, bab usahawan ni ada kait mengait dengan job skop saya terdahulu.


Memasuki Kecamatan Perbaungan. Tanah bertuah negeri beradat.

Singgah pula di sini ... tingting, pingping, tongtong, etc. Beli air mineral dan singgahguna washroom saje di sini.

Saya ada ini ~ bukan tingting, bukan pingping, bukan tengteng, bukan pangpang; but we called it the "kueh raya" from Malaysia. Hheee ...
( ketika ini 1 minggu selepas Hari Raya Aidilfitri )

12:28 tengah hari; 21 minit selepas tingting, tungtung, pangpang, kami tiba di Restoran Garuda, Pematang Siantar untuk makan siang.

Sementara tunggu hidangan siap, DAR keluarkan peta S U M U T.
( Peta! Sesuatu yang penting yang kami lupa untuk beli sesiap ... untuk lebih memahami dan beri gambaran jelas route atau jajaran pengembaraan kami ).

Lepas makan, DAR sempat bawa kami singgah cuci mata sekitar sebuah pasar raya 'paling besar' di Pematang Siantar. Kemudian sambung pula perjalanan yang mula berlekuk² serta merentasi jalan sempit; berpapasan pula dengan kenderaan besar lain ... huhuu.


2:23 petang; apakah signifikannya foto ini ..??? Tu diaaa, D a n a u T o b a terbentang sudah buat pertama kalinya secara live di hadapan kami ..! Syukur syukurr syukurrr ya Allah ..!

Kenalan dan kawan baru ... hhee. Mudah serasi, alhamdulillahhh.

SubhanAllahhh ..!




Selasa, 1 November 2011

K E M B A R A . S U M U T |Day 1 [ Part I ]




2011; Catatan tertunda dan bertunda tundaa tundaaa lagi lagii lagiii. Kembara S U M U T a.k.a Kembara
Si M e r a h 11 - 16 September 2011. Kembara S U M U T kali ini bersama Si M e r a h sepasang agar langkah lebih panjang panjangg panjanggg walau hingga merekah kaki. Kembara diatur serapinya tanpa agen pelancongan kerana kami lebih suka agenda serta aturan lepas bebas; 'follow my like' ... hheee. Cuma, kami perlukan seorang 'pilot' merangkap sebagai pemudahcara sepanjang kembara kali ini. Menelaah catatan rakan forum serta pelbagai info di internet, saya nekad berurusan dengan Dicky Aqmaricko (DAR). Bagusnya DAR ini, segenap persoalan yang saya utus melalui e-mail diladeninya segera. Dua minggu sebelum kembara bermula, DAR menelefon terus dari Kota Medan mohon pengesahan tempoh saya dan chentahati akan berada di SUMUT ... hihiii sebab jangka masa pengembaraan kami melangkaui tempoh "biasa" pelancong dari Malaysia yang pernah diladeni oleh DAR. 1 minggu sebelum tarikh pengembaraan, sekali lagi DAR menelefon memohon pengesahan serta memaklumkan hotel/resort yang telah ditempahnya. Hotel/resort juga saya mohon jasa DAR untuk uruskannya kecuali penginapan di Kota Medan telah kami urus sendiri secara atas talian.

Kembara S U M U T bukan untuk cuci cucii cuciii poket, tetapi adalah pengembaraan
Si M e r a h meneroka alam & manusia ... hihiii cam subjek Alam & Manusia pulak masa saya darjah 6 di sekolah rendah dulu. Melalui e-mail, saya banyak bertanya serta nyatakan pada DAR lokasi² yang ingin kami jejaki. Antaranya, lokasi "berkubang" dan juga lokasi air panas yang merupakan permintaan khas chentahati saya. DAR mengesyorkan kami bermalam 1 malam di Parapat, 1 malam di Samosir, 1 malam di Berastagi dan 2 malam di Kota Medan. Inilah asas itinerary pengembaraan Si M e r a h meneroka alam & manusia.

Sekali lagi berAir Asia. Memula dulu rasa janggal serta serba kekok berAA dek berMAS sahaje, tapi sekarang rasa OK belaka sejak dah beberapa kali berAA menjalankan tugas rasmi selaras langkah perbelanjaan berhemah pihak kerajaan yang menggalakkan amik tambang penerbangan yang lebih rendah (walhal takde la murah sangat pun sebab charge yang dikenakan oleh AA dan agen adalah harga maksimum). Apa pun, paling penting untuk pengembaraan secara persendirian ini noweveryonecanfly.

Menaiki pesawat penerbangan QZ8051. Matahari pagi berwarna jingga berjerebu.

Terbang meredah ruang angkasaraya.

Hhee ... belum sempat selesai isi borang pendaratan, tuan kapten penerbangan sudah membuat pengumuman pesawat menghampiri pendaratan.

Alhamdulillah, berlepas tepat pada 8:35 pagi waktu Malaysia dan tepat jam 8:30 pagi waktu Indonesia sebagaimana dijadualkan kami selamat mendarat di bumi S U M U T.


Welcome to SUMUT ..!

InsyaAllah, rantaian catatan bertunda tundaa tundaaa Kembara S U M U T a.k.a Kembara Si M e r a h seterusnya ... hhee.