BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Selasa, 1 November 2011

K E M B A R A . S U M U T |Day 1 [ Part I ]




2011; Catatan tertunda dan bertunda tundaa tundaaa lagi lagii lagiii. Kembara S U M U T a.k.a Kembara
Si M e r a h 11 - 16 September 2011. Kembara S U M U T kali ini bersama Si M e r a h sepasang agar langkah lebih panjang panjangg panjanggg walau hingga merekah kaki. Kembara diatur serapinya tanpa agen pelancongan kerana kami lebih suka agenda serta aturan lepas bebas; 'follow my like' ... hheee. Cuma, kami perlukan seorang 'pilot' merangkap sebagai pemudahcara sepanjang kembara kali ini. Menelaah catatan rakan forum serta pelbagai info di internet, saya nekad berurusan dengan Dicky Aqmaricko (DAR). Bagusnya DAR ini, segenap persoalan yang saya utus melalui e-mail diladeninya segera. Dua minggu sebelum kembara bermula, DAR menelefon terus dari Kota Medan mohon pengesahan tempoh saya dan chentahati akan berada di SUMUT ... hihiii sebab jangka masa pengembaraan kami melangkaui tempoh "biasa" pelancong dari Malaysia yang pernah diladeni oleh DAR. 1 minggu sebelum tarikh pengembaraan, sekali lagi DAR menelefon memohon pengesahan serta memaklumkan hotel/resort yang telah ditempahnya. Hotel/resort juga saya mohon jasa DAR untuk uruskannya kecuali penginapan di Kota Medan telah kami urus sendiri secara atas talian.

Kembara S U M U T bukan untuk cuci cucii cuciii poket, tetapi adalah pengembaraan
Si M e r a h meneroka alam & manusia ... hihiii cam subjek Alam & Manusia pulak masa saya darjah 6 di sekolah rendah dulu. Melalui e-mail, saya banyak bertanya serta nyatakan pada DAR lokasi² yang ingin kami jejaki. Antaranya, lokasi "berkubang" dan juga lokasi air panas yang merupakan permintaan khas chentahati saya. DAR mengesyorkan kami bermalam 1 malam di Parapat, 1 malam di Samosir, 1 malam di Berastagi dan 2 malam di Kota Medan. Inilah asas itinerary pengembaraan Si M e r a h meneroka alam & manusia.

Sekali lagi berAir Asia. Memula dulu rasa janggal serta serba kekok berAA dek berMAS sahaje, tapi sekarang rasa OK belaka sejak dah beberapa kali berAA menjalankan tugas rasmi selaras langkah perbelanjaan berhemah pihak kerajaan yang menggalakkan amik tambang penerbangan yang lebih rendah (walhal takde la murah sangat pun sebab charge yang dikenakan oleh AA dan agen adalah harga maksimum). Apa pun, paling penting untuk pengembaraan secara persendirian ini noweveryonecanfly.

Menaiki pesawat penerbangan QZ8051. Matahari pagi berwarna jingga berjerebu.

Terbang meredah ruang angkasaraya.

Hhee ... belum sempat selesai isi borang pendaratan, tuan kapten penerbangan sudah membuat pengumuman pesawat menghampiri pendaratan.

Alhamdulillah, berlepas tepat pada 8:35 pagi waktu Malaysia dan tepat jam 8:30 pagi waktu Indonesia sebagaimana dijadualkan kami selamat mendarat di bumi S U M U T.


Welcome to SUMUT ..!

InsyaAllah, rantaian catatan bertunda tundaa tundaaa Kembara S U M U T a.k.a Kembara Si M e r a h seterusnya ... hhee.




0 ulasan: