BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Rabu, 2 November 2011

K E M B A R A . S U M U T |Day 1 [ Part II ]




Keluar dari terminal, ramai yang sedang menanti dan satu daripada kertas bersaiz A4 yang ditayang serta diangkat² tertera nama saya. Itu dia DAR ..! Hihiii ... awal pertemuan, biasalahhh semua rasa serba janggal. Saya curi² pandang DAR sebab nak pastikan betulkah ini orangnya. Tengok dalam forum cam agak berisi orangnya, tapi yang ini kurus saje! Hhee ... dalam hati berkata², kira betul la tuu kot orangnya.

Tepat jam 9:00 pagi waktu tempatan Kijang Innova bergerak meninggalkan perkarangan Lapangan Terbang Polonia terus menuju ke Parapat. Perut masih kenyang sebab dalam perjalanan ke LCCT sebelumnya kami dah siap bersarapan di R&R Dengkil usai bersolat fardhu Subuh.

Masing² sedang sibuk memulakan aktiviti harian pada awal pagi. Bak kata ketua jabatan saya; " di Republik Indonesia, semua orang mesti bekerja ".
Paparan seterusnya adalah sekitar 3% daripada antara hasil klik klikk klikkk saya. Hasil tidak tidur saya sepanjang perjalanan terus menerus dari Polonia ke Parapat bersesuaian la pula dengan misi pengembaraan serta penerokaan alam & manusia @S U M U T kali ini.

Patuhilah rambu-rambu ...
Did u hear about the "MERAMBU" ..??? akkaakaaa.


Lagiii ...

Berdiri atau duduk di tengah² jalan itu bukan pekerja pembinaan atau pembaikan jalan; tetapi adalah individu secara berkumpulan mengutip derma sama ada untuk masjid atau lain² prasarana awam. Teringat pula ahpek dalam filem "Madu 3"; hheee ... tapi itu ahpek pegang bendera putih, yang ini pula pegang bendera merah. Di tangan mereka ada penyauk ala² jaring ikan untuk pemandu atau pengguna jalan raya masukkan derma serta sumbangan. Kreatif, kann ..??? Ada berani praktikkan di Malaysia ..???

Gerai jualan jajanan. Sepanjang jalan, saya bagaikan anak² kecil yang asyik bertanya itu dan ini kepada DAR. Sehinggakan Ops Toba pun saya tanya apakah ia ... UKM pun saya tanya juga. UKM = Usaha Kecil Menengah. Haa, bab usahawan ni ada kait mengait dengan job skop saya terdahulu.


Memasuki Kecamatan Perbaungan. Tanah bertuah negeri beradat.

Singgah pula di sini ... tingting, pingping, tongtong, etc. Beli air mineral dan singgahguna washroom saje di sini.

Saya ada ini ~ bukan tingting, bukan pingping, bukan tengteng, bukan pangpang; but we called it the "kueh raya" from Malaysia. Hheee ...
( ketika ini 1 minggu selepas Hari Raya Aidilfitri )

12:28 tengah hari; 21 minit selepas tingting, tungtung, pangpang, kami tiba di Restoran Garuda, Pematang Siantar untuk makan siang.

Sementara tunggu hidangan siap, DAR keluarkan peta S U M U T.
( Peta! Sesuatu yang penting yang kami lupa untuk beli sesiap ... untuk lebih memahami dan beri gambaran jelas route atau jajaran pengembaraan kami ).

Lepas makan, DAR sempat bawa kami singgah cuci mata sekitar sebuah pasar raya 'paling besar' di Pematang Siantar. Kemudian sambung pula perjalanan yang mula berlekuk² serta merentasi jalan sempit; berpapasan pula dengan kenderaan besar lain ... huhuu.


2:23 petang; apakah signifikannya foto ini ..??? Tu diaaa, D a n a u T o b a terbentang sudah buat pertama kalinya secara live di hadapan kami ..! Syukur syukurr syukurrr ya Allah ..!

Kenalan dan kawan baru ... hhee. Mudah serasi, alhamdulillahhh.

SubhanAllahhh ..!




0 ulasan: