BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Rabu, 12 September 2012

MASIH EDISI S Y A W A L 1433H |PINTU RUMAH YANG TERBUKA






Ini laporan bergambar 13 Syawal 1433H bersamaan 31 Ogos 2012; Jumaat merangkap Hari Kemerdekaan Malaysia ke-55. Jemput jejiran tetangga, rakan² sepejabat saya, dan abang kakak yang tinggal berhampiran. Majlis bermula 3:00 petang hingga 9:00 malam bersambut dengan haruman bunga rampai berhias kuntuman mawar. Kehadiran yang tiada putus², tapi makanan yang disedia bagai tiada susut atau surut. Hhuu memasing makan seciput saje erkk. Sambal kuah kacang berdaging, puding naga dan puding koko sedap lazat lagi berkrim itu saje yang saya masak sendiri. Itu saje pun sudah membuat saya rasa terkejar² dan berkejar² dengan masa yang ada. Nasi hujan panas dan laksa saya order daripada caterer saje. Mudah. Sediakan RMnya saje. Hhuu. 

Laporan bergambar ini sebenarnya tidak lengkap. Banyak scene yang tak sempat saya rakam. Gambar² menu apatah lagi. Kesibukan. Syawal kali ini istimewa kerana akhirnya kami dapat berkenal² mesra dengan 'orang minyak'; jiran unit rumah di hujung teres yang "baru" dua tahun menjadi warga fasa perumahan ini. Sembang punya sembang, rerupanya sekampung ..! Gembira sesangat saya tengok keluarga 'orang minyak' nii. Anak² yang petah dan leletah memanggil nama suami saya "paksu Jamall ooo paksu Jamalll ..." tatkala nak memohon izin memegang ipad si tuan rumah. Hihiii. Tambah pula mempunyai sepasang kembar boy n girl chomel yang baru berusia 10 bulan. Dapat juge saya dukung yang girl tuu ... Hhuu, jeles saya! ... yang boy pula 'garang' sket.

Tuan Mejar; jiran sepagar menjadi tetamu pertama.




Pilih saje. Ada lemang, ada lontong, ada rendang kerang, ada sambal kacang berdaging, ada pelbagai puding, kek karamel, apam mekar, puding naga, puding koko, kueh-mueh raye. Ringkas kata, macammacamadaaa.


Boss saya tiba lewat petang bersama keluarganya. Siap bersolat Maghrib di rumah saya. Hhee terasa 'malu' la pulak. Bukannya apa, bukankah apa yang terzahir di rumah ini adalah cerminan atau gambaran peribadi si penghuni rumah ... Haa entah apalah pandangan beliau tentang saya ini erkkk.

Tetamu terakhir beransur pulang menjelang 1:00 pagi. Tatkala saya bersiram membersih diri dan bersolat Isyak, si c h e n t a h a t i sedang menyusun meja dan kerusi di luar. Saya pula, seusai menunai kewajipan, rerupanya terus fengsan atas sofa. Tak sedar diri hingga ke pagi hari. Celik saje mata, telah berada atas katil di kamar tidur. Saya tak ingat apa². Memori terakhir yang saya ingat, c h e n t a h a t i sensorang mengemas di luar.

Apa pun, syukur semuanya lancar. Cuaca baik hingga ke akhirnya. Paling membuat saya 'kembang', staff di pejabat pada hari kerja yang berikutnya menyampaikan pujian anak² mereka; "semua makanan sedapsedappsedappp". Wahhh. Terharu. Harus la saya dengan lajunya memberi resipi puding² itu. Hheee.
>___*



MASIH EDISI S Y A W A L 1433H |DUIT RAYE, HAMPER RAYE DAN KUEH MUEH RAYE






Masih dengan cerita ceriti Syawal 1433H. Sebagaimana tahun tahunn tahunnn terdahulu, rezeki melimpah ruah dengan terimaan hamper dan kueh-mueh silabaca'kuih-muih' raye. 99% daripadanya adalah pemberian para kakitangan yang berlokasi serata negeri yang bergotong-royong menghasilkannya. Dah jadi tradisi; homemade cookies gituuu. Ada juge pemberian daripada rangkaian networking kami seperti CDC. Jika tahun dulu punye dulu saya masih juge membeli dan membelah kueh-mueh raye tambahan sekalipun telah berbondong² hamper diterima, tetapi mulai dua tahun terkemudian ini tidak lagi. Hanya saya memborong kerepek² sahaje dari kilang pemprosesannya nunn di kampung halaman saya. Belajar dan ambil iktibar daripada pengalaman tahun² terdahulu. Kueh-mueh raye yang pelbagai rekacipta dan anekarasa masih berbaki melangkau Syawal tahun berikutnya. Hhuu. Walau masih ada keinginan untuk tambah itu dan ini, tapi ku tahan jua Jebat ..! A big NO nak menambah². Malah yang sedia ada tu pun boleh diperpanjang²kan dan diagih²kan kepada yang lelain. Anak sedara saya siap tanya; "Banyak ke kueh raye tahun nii ..? takdekebahagianuntukkami ..?"

Antara hamper kueh-mueh raye yang masih belum dibuka.

Hamper paling spesel tahun ini yanglelainpunspeseljuge >__<
 
Di dalamnya, ada ini ... beras basmathi dari negara India. 

Tempohari, saya kehabisan beras. Beras Siam untuk masakan harian tidak mencukupi untuk 1 pot penuh. Akhirnya, saya campur saje dengan basmathi ini. Beras Siam+Beras India=BeraSindia menghasilkan nasi yang cukup cantik dan jelita. Tatkala c h e n t a h a t i memasuki ruang dapur; "Hmm, bau nasi beras baru ..." >___<

Pelbagai jenis kerepek diisi dalam balang kaca besar gabak ini. Kualiti makanan lebih terpelihara dan tahan lama dengan penyimpanan dalam bekas kaca.

Tahun ini juge, tahun ketiga berturut² dapat duit raye pemberian B O S S. Terima kasih daun keladi keladii keladiii B O S S. Staff di opis saya ada 40++. Semua menerima kepingan RM cap pohon kelapa sawit. Sayanggg B O S S ..! Moga semakin murah dan luas rezeki nan halal untuk B O S S sekeluarga. Aameen.


Jumaat, 24 Ogos 2012

SALAM 'EID MUBARAK |BERSIARAN TERUS MENERUS DARI OPIS

Hari ini; 06 Syawal 2012 Jumaat sayyid al-ayyam. Bersiaran secara langsung dari opis. Hari ke-2 masuk keje selepas bercuti raya. Tika ini, waktu rehat tengah hari. Sunyi. Senyap. Sepi. Hari ini ada enam orang kat opis. Saya telah bercuti awal; 3 hari sebelum Aidilfitri. Sebagaimana lazimnya. Cuti awal, dan masuk keje semula pun awal. Beri peluang pada kekawan yang lain beraya sakan terutama yang jauhhh kampung halamannya. Cuti rehat saya masih berbaki 37 hari. Takpe, Raya Haji nanti saya cuti cutii cutiii sakan. Oyeahhh.



Baju raya tahun ini, tema turquoise. Dua pasang lagi warna ungu-merah jambu dan juge hitam-putih. Tiga pasang semuanya. Sama juge untuk c h e n t a h a t i ; sepasang baju Melayu dan 2 helai kemeja.



Pada kesempatan ini, pada yang pernah saling berurusan dengan saya, dengan rendah hati saya memohon jutaan kemaafan atas segala khilaf. Khilaf yang nyata, atau yang tersembunyi. Khilaf yang disengaja, atau yang tiada disedari.

Menu istimewa pada pagi raya; lontong. Beras diisi dalam kelonsong daun pisang dan direbus. Elok, cantik, molek hasilnya dengan haruman asli dan hijau segar daun pisang.


Pulang ke kampung halaman. Walau tiada lagi ayahanda juge bonda, saudara mara masih ada di sana. Terlalu banyak gamitan memori. 

R

I

N

D

U

tiada terperi.

Wajah penuh sabar menempuh jammed hampir sepanjang perjalanan.