BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Rabu, 12 September 2012

MASIH EDISI S Y A W A L 1433H |PINTU RUMAH YANG TERBUKA






Ini laporan bergambar 13 Syawal 1433H bersamaan 31 Ogos 2012; Jumaat merangkap Hari Kemerdekaan Malaysia ke-55. Jemput jejiran tetangga, rakan² sepejabat saya, dan abang kakak yang tinggal berhampiran. Majlis bermula 3:00 petang hingga 9:00 malam bersambut dengan haruman bunga rampai berhias kuntuman mawar. Kehadiran yang tiada putus², tapi makanan yang disedia bagai tiada susut atau surut. Hhuu memasing makan seciput saje erkk. Sambal kuah kacang berdaging, puding naga dan puding koko sedap lazat lagi berkrim itu saje yang saya masak sendiri. Itu saje pun sudah membuat saya rasa terkejar² dan berkejar² dengan masa yang ada. Nasi hujan panas dan laksa saya order daripada caterer saje. Mudah. Sediakan RMnya saje. Hhuu. 

Laporan bergambar ini sebenarnya tidak lengkap. Banyak scene yang tak sempat saya rakam. Gambar² menu apatah lagi. Kesibukan. Syawal kali ini istimewa kerana akhirnya kami dapat berkenal² mesra dengan 'orang minyak'; jiran unit rumah di hujung teres yang "baru" dua tahun menjadi warga fasa perumahan ini. Sembang punya sembang, rerupanya sekampung ..! Gembira sesangat saya tengok keluarga 'orang minyak' nii. Anak² yang petah dan leletah memanggil nama suami saya "paksu Jamall ooo paksu Jamalll ..." tatkala nak memohon izin memegang ipad si tuan rumah. Hihiii. Tambah pula mempunyai sepasang kembar boy n girl chomel yang baru berusia 10 bulan. Dapat juge saya dukung yang girl tuu ... Hhuu, jeles saya! ... yang boy pula 'garang' sket.

Tuan Mejar; jiran sepagar menjadi tetamu pertama.




Pilih saje. Ada lemang, ada lontong, ada rendang kerang, ada sambal kacang berdaging, ada pelbagai puding, kek karamel, apam mekar, puding naga, puding koko, kueh-mueh raye. Ringkas kata, macammacamadaaa.


Boss saya tiba lewat petang bersama keluarganya. Siap bersolat Maghrib di rumah saya. Hhee terasa 'malu' la pulak. Bukannya apa, bukankah apa yang terzahir di rumah ini adalah cerminan atau gambaran peribadi si penghuni rumah ... Haa entah apalah pandangan beliau tentang saya ini erkkk.

Tetamu terakhir beransur pulang menjelang 1:00 pagi. Tatkala saya bersiram membersih diri dan bersolat Isyak, si c h e n t a h a t i sedang menyusun meja dan kerusi di luar. Saya pula, seusai menunai kewajipan, rerupanya terus fengsan atas sofa. Tak sedar diri hingga ke pagi hari. Celik saje mata, telah berada atas katil di kamar tidur. Saya tak ingat apa². Memori terakhir yang saya ingat, c h e n t a h a t i sensorang mengemas di luar.

Apa pun, syukur semuanya lancar. Cuaca baik hingga ke akhirnya. Paling membuat saya 'kembang', staff di pejabat pada hari kerja yang berikutnya menyampaikan pujian anak² mereka; "semua makanan sedapsedappsedappp". Wahhh. Terharu. Harus la saya dengan lajunya memberi resipi puding² itu. Hheee.
>___*



0 ulasan: