Masih dengan cerita ceriti Syawal 1433H. Sebagaimana tahun tahunn tahunnn terdahulu, rezeki melimpah ruah dengan terimaan hamper dan kueh-mueh
Antara hamper kueh-mueh raye yang masih belum dibuka.
Di dalamnya, ada ini ... beras basmathi dari negara India.
Tempohari, saya kehabisan beras. Beras Siam untuk masakan harian tidak mencukupi untuk 1 pot penuh. Akhirnya, saya campur saje dengan basmathi ini. Beras Siam+Beras India=BeraSindia menghasilkan nasi yang cukup cantik dan jelita. Tatkala c h e n t a h a t i memasuki ruang dapur; "Hmm, bau nasi beras baru ..." >___<
Pelbagai jenis kerepek diisi dalam balang kaca besar gabak ini. Kualiti makanan lebih terpelihara dan tahan lama dengan penyimpanan dalam bekas kaca.
Tahun ini juge, tahun ketiga berturut² dapat duit raye pemberian B O S S. Terima kasih daun keladi keladii keladiii B O S S. Staff di opis saya ada 40++. Semua menerima kepingan RM cap pohon kelapa sawit. Sayanggg B O S S ..! Moga semakin murah dan luas rezeki nan halal untuk B O S S sekeluarga. Aameen.
0 ulasan:
Catat Ulasan