BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Jumaat, 24 Ogos 2012

SALAM 'EID MUBARAK |BERSIARAN TERUS MENERUS DARI OPIS

Hari ini; 06 Syawal 2012 Jumaat sayyid al-ayyam. Bersiaran secara langsung dari opis. Hari ke-2 masuk keje selepas bercuti raya. Tika ini, waktu rehat tengah hari. Sunyi. Senyap. Sepi. Hari ini ada enam orang kat opis. Saya telah bercuti awal; 3 hari sebelum Aidilfitri. Sebagaimana lazimnya. Cuti awal, dan masuk keje semula pun awal. Beri peluang pada kekawan yang lain beraya sakan terutama yang jauhhh kampung halamannya. Cuti rehat saya masih berbaki 37 hari. Takpe, Raya Haji nanti saya cuti cutii cutiii sakan. Oyeahhh.



Baju raya tahun ini, tema turquoise. Dua pasang lagi warna ungu-merah jambu dan juge hitam-putih. Tiga pasang semuanya. Sama juge untuk c h e n t a h a t i ; sepasang baju Melayu dan 2 helai kemeja.



Pada kesempatan ini, pada yang pernah saling berurusan dengan saya, dengan rendah hati saya memohon jutaan kemaafan atas segala khilaf. Khilaf yang nyata, atau yang tersembunyi. Khilaf yang disengaja, atau yang tiada disedari.

Menu istimewa pada pagi raya; lontong. Beras diisi dalam kelonsong daun pisang dan direbus. Elok, cantik, molek hasilnya dengan haruman asli dan hijau segar daun pisang.


Pulang ke kampung halaman. Walau tiada lagi ayahanda juge bonda, saudara mara masih ada di sana. Terlalu banyak gamitan memori. 

R

I

N

D

U

tiada terperi.

Wajah penuh sabar menempuh jammed hampir sepanjang perjalanan.



 

0 ulasan: