BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Ahad, 9 Jun 2013

KEMBARA M E L B O U R N E |HARI KE-3; LAVENDER MENJADI TAMAN HAIWAN


27/10/2013; Sabtu. Hari ke-3 suda dan hari ke-2 Aidiladha di Melbourne. Sesangat tidak berdaya rasanya nak bersegera bangun. Demam ..! Perancangan utama hari ini sepatutnya berkeretapi ke Lavandula Swiss Italian Farm di Daylesford. Dek kedemaman, tambah pulak dengan bermalas²an, maka setiba di Southern Cross Railway Station, dah terlepas train ..! Hhuu sebenarnya dah jangka dahh. Tapi nak bagi puas hati, kira gamble gak laa gi ke stesen. Dan sedia tahu juge, train untuk ke sana hanya ada satu saje iaitu pada jam 9:36 pagi dengan perkhidmatan V/Line. Untuk sampai ke Daylesford, penumpang perlu tukar kepada coach (bas) di Woodend Station. Tak perlu kata dan berkata apa² dahh.

Tengok tuu ... ada 'Prayer Room'.

Sooo, kita tukar plan ..!
Let's go to the taman haiwan ..!
^_*

Terus saje kami menuju ke William St. menanti tram no.55. Tunggu punye tungguu punye tunggu, tak tiba juge tram yang dinanti. Ada grup mat saleh lingkungan usia warga emas turut menanti tram yang sama. Menurutnya, grup mereka dah lama menanti di situ. Berdasarkan maklumat trafik yang boleh di'access' melalui henponnya, tram no.55 mengalami kelewatan. Tidak mahu terus lenguh kaki terpacak di situ, chentahati ajak beredar ke Elizabeth St. untuk menanti tram no.59. Cumanya, tram ini tidak akan melalui Melbourne Zoo. Kami perlu tukar tram di somewhere nanti. Hihii saya salute dan respect la pada chentahati ... terer bab perjalanan tram ni. Terang hati selok belok tram route. Hheee. Dah lama berada dalam tram no.59 tu, baru perasan kami dah terlepas stesen yang sepatutnya kami turun tunggu dan naik tram lain. Tram no.59 tu sedang menuju West Airport. Entah di stesen mana, kami turun dan tunggu tram lain untuk berpatah balik ke Royal Children Hospital. Sekitar stesen tu nampak agak klasik suasananya dengan deretan kedai. 


Dari Royal Children Hospital ini, kami naik pula tram no.55. Hhaa ini baru betul. Tram no.55 akan melalui Melbourne Zoo.


Tiket masuk Aud26.10 untuk dewasa. Antara larat dengan tak, gigihkanlah juge kaki melangkah. Tapi, sungguhhh tersangat la sejukkk tak tertahan. Saya jangka suhu ketika itu sekitar 4°c.


Sesi sarapan pagi si lemur ... 

Beruang yang sihat ...

Raja singa yang gagah perkasa ...

Lagi ...


'Gadis dan bunga' ...

BONGO dan BINTURONG

Tak daya sangat dah rasanya tatkala meredah Melbourne Zoo ini dengan demamnya, dengan lenguh sendinya. Terpaksa take a rest ... hhuu.




Kembali ke CBD menaiki tram no.55. Terus terjah ke Madam Kay's Platz di Lonsdale St. Entry khusus untuk ini berada di sini ---> Madam Kay's Platz

Bersambung lagi : Catatan selepas sesi makan².



Isnin, 27 Mei 2013

Saya Ada DIA

Surah ke-55 dalam al-Quran al-karim; diulang ulangg ulanggg ayat yang sama sebanyak 31 kali. "Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"
Terima kasih ya Rahmaan. Terima kasih ya Rahiim. Tiada terhitung, tiada terkira, tiada terbilang segala nikmat dan rahmat anugerah-Nya untuk saya selama ini; hingga ketika dan detik ini.
Syukur ...
. Saya ada suami yang baik, penyayang, bertanggungjawab, hensem, melimpah ruah dengan kasih sayang. Segala²nya.
. Saya ada keluarga yang bahagia, prihatin.
. Saya ada keluarga mertua dan ipar duai yang baik.
. Saya ada pekerjaan dan kerjaya yang baik; gaji yang bagus.
. Saya ada big boss dan boss yang baik. Sangat baik hati.
. Saya ada kawan² yang baik.
. Saya ada kesihatan yang bagus; fizikal yang sempurna.
. Saya ada kenderaan yang bagus dan selesa.
. Saya ada jiran² yang menyenangkan hati dan perasaan.
. Saya ada itu ... blablaablaaa
. Saya ada ini ... blablaablaaa
Semuanya adalah rezeki. Semuanya adalah nikmat. Semuanya adalah rahmat Ilahi.
Hanya,
Saya belum punya nan 'satu' itu. Rezeki nan 'satu' itu. Saya yakin, pasti ada hikmahnya. Saya tiada putus berharap untuk nan 'satu' itu. Allahumma aameen.
. s e n y u m .

Selasa, 14 Mei 2013

Memori Itu Adalah Sangat S W E E T ...





 
Cerita permusafiran ...
 
- I -
Saya demam. Menggigil². Giler punye menggigil. Ubat pulak tak bawak langsung. Cuba bertahan; tapi angin dingin dan basah membuat badan tambah sengsara. Lantas  si dia menawarkan sweaternya untuk saya. Melapisi sweater yang telah sedia saya pakai. Saya menolaknya. Abis tuu, kalau dedua saya pakai ... si dia nak pakai apa ..? Biarkan saje si dia dalam kesejukan yang mencengkam ..???
 
Si dia bertegas. "Abis tu karang kalau tambah demam ..???!"
 
Saya mengalah. Lalu sweater hitam itu disarung ke tubuh. Terima kasih, Sayang. Sobsobsob.
 
- II - 
Ramadhan menghampiri pertengahan purnama. Manusia berasak². Tolak menolak. Beribu² lemon.  Jemaah umrah dari seluruh dunia terutama dari pelusuk Tanah Arab sendiri semakin bertambah  berbondong² ramainya. Melalui media semasa, diperkhabarkan jumlah jemaah umrah tahun tersebut meningkat berbanding tahun² terdahulu. Tiba hari Khamis dan Jumaat, sudah hampir menyamai jumlah jemaah pada musim haji.
 
Suatu ketika. Tercatatlah memori itu. Manusia berasak². Menghampiri kawasan Hajarul Aswad. Rempuhan ribuan manusia. Saya cuba menyongsang keluar dari arus tersebut. Tapi apalah sangat daya dan upaya saya. Terkedek² cuba membolos diri di celah² manusia sasa untuk keluar. Si dia pantas memeluk saya. Erat. Melindungi. Lalu sehabis kudrat dengan lafaz takbir melangkah menyelamatkan saya keluar daripada rempuhan itu. Allahu akbar!!! Saya masih ingat laungan itu. Sedar² saje, saya dan si dia telah berada di luar lingkungan tersebut. Ada air jernih yang mengalir dari bibir mata. Syukur ya Allah. Juge, terima kasih, Sayang. Sobsobsob.
 
Mengapa saya catatkan peristiwa² itu di sini ..?
 
Kerana; ia adalah sangat sesuatu.
 
Kerana; itu adalah antara memori yang sangat S W E E T. Dan tatkala saya mengingatinya, air mata berjuraian lagi. Rasa cinta yang meresap jauh jauhh jauhhh dalam sanubari. Terima kasih ya Rahmaan, terima kasih ya Rahiim atas anugerah-Mu ini. Sungguh ku bermohon, agar ku senantiasa di kalangan hamba²-Mu yang bersyukur.