BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Rabu, 9 November 2011

K E M B A R A . S U M U T |Day 2 [ Part II ]











Feri jam 8:30 pagi
meninggalkan pangkalan, kami sama beredar kembali ke DTIC. Packing barang² n berposing sakan selagi daya. Ada sesuatu yang saya agak ralat sebenarnya di sini ... Saya tak terfikir langsung nak menghulur singgit dua tiga empat lima RM/IDR pada bellboy yang bantu angkat bagasi kami. Kesian ooo sebab dari bilik penginapan kami kena mendaki anak tangga dek muka bumi yang berbukit menuju ke lobby n boleh tahan lelahnya apatah lagi membimbit bagasi berat sarat pula. Memang la sudah itu tugas atau pekerjaannya, tapi sebagai sesama manusia rasanya tiada salahnya sekadar menghulur sedikit saguhati sebagai satu penghargaan. Apatah lagi dia tetap tersenyum polos dan ramah mesra menyapa sambil membantu kami seawal kami tiba hinggalah hari kami berangkat meninggalkan DTIC.

Inilah pemuda itu ...

Horas DTIC ..! Horas Parapat ..! Hingga bertemu lagi pada suatu ketika yang ditentukan-Nya.

Sekitar jam 10:15 pagi, selesai check out kami beredar berKijang Innova meninggalkan DTIC. Tiba di pangkalan Pelabuhan Ajibata semula masih awal lagi ... menanti lagi.
Tapi tiada istilah bosan sebab memang mengasyikkan menikmati betapa indahnya alam ciptaan Ilahi sambil memerhati anak² Batak dengan dunia danaunya.

10:50 pagi; feri yang dinanti sudah tiba bersama penumpang serta kenderaan dari Samosir
. Bas pun ada tuu ...

Bagus sekali, sampai awal di pangkalan terus beli tiket dan kenderaan dibawa masuk ikut giliran siapa paling awal atau terdahulu. Elok molek je bersusun masuk satu persatu.

Para penjaja makanan menyerbu penumpang bersama dagangannya. Ada telur rebus, mee goreng bungkus (agaknya la kottt ... hhee)
, kacang dan mungkin ada juga makanan lain. Elok je feri nak berlepas, mereka pun bersegera keluar. Ooo saya sangkakan mereka akan turut serta dalam pelayaran ...

DAR belikan koran ini untuk dibaca sambil meneliti serta memahami laras bahasa tempatan ... hheee.

Sekadar berkongsi local current issues ...


Keindahan nan tiada terungkap dengan kata²; hanya puji²an untuk-Nya, subhanAllah ..!

Menghampiri Samosir.

1 jam pelayaran dari Parapat, tiba di Pulau Samosir. Horas lagi lagii dan lagiii.

@
Tomok mencari souvenir. Banyak sungguh gerai² jualan di sini menjual produk tempatan. Saya yakin, di sini produk kraftangannya adalah produk tempatan Republik Indonesia; tiada item berselindung dengan lakaran Samosir atau Danau Toba, tapi bercop mohor
'Made in China'. Hheee ...

Di gerai ini kami pulun beli key chain rumah Batak yang dibuat daripada kayu dan juga fibre yang diwarnakan merah jambu. Cantikkk dan nampak kemas olahannya. Kami beli 30 pcs campur² jenis kayu dan juga fibre dengan jumlah harga IDR90k; purata RM1/pcs pakcik ni bagi. Bagi saya, kira dah murah la tuu ... Souvenir kat gerai pakcik ni banyak. Seronok memilih satu persatu.
Selesai key chain, cari pula t-shirt 2, 3 helai. Kelihatannya gud quality. Beberapa langkah meninggalkan gerai t-shirt, bersorak girang si gadis sunti tatkala berjaya menjual t-shirt dagangannya. Beli juga 2 pasang selipar di gerai berlainan dan sehelai seluar panjang beridentiti batik Indonesia untuk dipakai dan dibawa berendam aka berkubang dalam danau nanti. Para peniaga di sini okay² saje ... takde laa nak tarik² tangan atau marah² bila kita tak jadi beli. Mereka menyapa ramah mempelawa kita singgah di gerai mereka, tapi tidaklah secara memaksa atau berunsur paksaan.


Selesai membeli dan membelah, singgah di sini pula. Masih pada lokasi yang sama @Tomok.

Si Gale-Gale berbutang baju senget sebelah ... saper la yang pakaikan erkkk ..? hhee


H O R A S ..!


Melepasi gerbang ini tetiba² muncul seorang nenek tua menghampiri kami. Merayu rayuu rayuuu supaya membeli kacang dagangannya. Siap cakap; " tolonggg la beli ... tolonggg laaa beliii ... anak saya sakittt ". Adehhh ... tapi saya buat selamba derkk je. Tetiba juga mungkin nenek tua tu terperasan saya tiada membawa sebarang handbag ( sebab saya perasan dia tengok tangan saya yang hanya memegang pouch stroberi comot bersama digicam ); lantas chentahati saya pula diburunya. Betul² diburunya sungguh sampai chentahati saya terpaksa beredar n tinggalkan saya sensorang di sini yang selamba derkk klik klikk klikkk. Hahaa ... chentahati saya itu ada bawa backpack besar tersandang dan kenkonon secara logiknya pasti uwang disimpan olehnya. Apalah saya ini yang hanya berpouch kecik, dah la kecikkk, comot pula tuu ... Pastinya terlihat tiada beruwang ( biar tiada beruwang, usah jadi beruang ) ... akkaakaaa.

Maka tak dapat la chentahati saya turut serta klik klikk klikkk view indah di sini ... hukhukk. Cuaca pula sangat baik hari ini. Langit cerah membiru dan berbayang pada lautan air danau. Memang sangat sangatt sangattt puas hati utk shoot gambar.












Isnin, 7 November 2011

K E M B A R A . S U M U T |Day 2 [ Part I ]



H o r a s ..!!!

12 September 2011 Isnin; hari ke-2 @S U M U T.


* 6:12 pagi waktu tempatan.

Bangun awal pagi menikmati indah, tenang dan syahdu heningnya Danau Toba. Saya sangat sangatt sangattt suka suasana begini. Sungguhhh, hilang melayang terus 'duka' dan kesakitan yang saya bawa jauh hingga ke sini. Kesihatan juga amat baik, syukur sangat sangatt sangattt; alhamdulillah. Terima kasih buat chentahati saya yang bawa saya ke sini ...


Jam 7:00 pagi sudah siap sedia tunggu DAR pada lobby kaunter receptionist. Sempat juga klik klikk klikkk dulu. Cafe untuk sarapan pagi berlokasi di atas bukit. So kami tunggu saja DAR tiba untuk bawa kami ke sana. Berpeluh² wooo mau jalan kaki.

Pemandangan sangat sangatt sangattt cantikkk ... subhanAllah; Allahuakbar! Tambah berselera untuk menjamah hidangan sarapan. Tapi tak daya saya nak habiskan sepinggan meehun goreng tuu sensorang.


Teh `0 untuk saya, kopi `0 pekat hitam sedap melekat untuk chentahati saya.

Tumpang rasa nasi goreng ... nyumnyummnyummm.

Selesai sarapan, kami tidak terus check out. DAR yang mengatur itenerary menyatakan kami akan menaiki feri pengangkutan yang akan bawa Si Kijang Innova bersekali ke Samosir pada jam 11:30 pagi. Masa masih panjang lagi sementara menunggu waktu yang telah dijadualkan. DAR bawa kami pusing² sekitar Parapat dulu. Sempat juga kami menjengah ke Niagara Hotel yang agak terpencil lokasinya. Juga, teruja dan seronok menyaksikan desa², alam dan manusia yang ditemui. Kemudian buat tinjauan pula ke pelabuhan tengok trip pertama feri pengangkutan yang akan berlepas pada jam 8:30 pagi menuju ke Samosir. Di pelabuhan yang sama kami akan berlepas ke Samosir pada jam 11:30 pagi nanti.

Trip feri tepat jam 8:30 pagi ke Samosir berlepas meninggalkan pelabuhan, kami kembali ke DTIC bersantai²an lagi selain bersiap² untuk check out meninggalkan Parapat.




K E M B A R A . S U M U T |Day 1 [ Part III ]












Jam 3:08 petang waktu tempatan; selamat check in di
Danau Toba International Cottage. Merentasi 6 jam perjalanan tuu ... Memulakan perjalanan tepat 9:00 pagi waktu tempatan dari Lapangan Terbang Polonia termasuk berhenti untuk khidmat diri dengan perjalanan santai² saje, sekitar jam 3:00 petang baru tiba ke destinasi dituju. Apa pun, perjalanan yang amat mengujakan ..! Saya tidak tidur langsung sepanjang perjalanan. Percayalahhh ... hhee. Dek lantaran itu juge, sampai di bilik n selesai tinjau itu ini, terus take a nap ... Apatah lagi dengan dingin angin petang yang sangat sangatt sangattt menyegarkan ditambah pula persekitaran tanah tinggi, memang menggamit mata ke pertiduran ... hhee. Masa ni deru ombak yang agak kuat menghentam tebing danau bebetul di depan bilik pun dah tak dipedulikan lagi ... zzzZZzzzzz.



Celik mata, menyusur tepian danau sambil lepaK I
N G. Seriau n cuak gak dibuatnya sebab tasik seolah² bergelora. Tapi itu adalah fenomena biasa apatah lagi dengan deru angin yang agak kuat dan bertambahlah momentum hentaman ombak pada tebing.

Danau Tob
a sayup mata memandang luasnya bak lautan. SubhanAllah, Allahuakbar ..! Dalam peta, ia berlokasi pada beberapa kabupaten; Kabupaten Simalungun, Kabupaten Samosir, Kabupaten Tapanuli Utara, Kabupaten Humbang Hasundutan, Kabupaten Karo dan Kabupaten Dairi di S U M U T. Hasilan letusan supervolcano sekitar 73k-75k tahun lalu membentuk danau ini berukuran panjang 100 kilometer dan lebar 30 kilometer menjadikannya danau terbesar di Indonesia dan Asia Tenggara dengan kedalaman
maksimum 529 m di bahagian utara dan 429 m di bahagian selatan; dan dikatakan sebagai danau volcanic terluas di dunia.

6:20 petang; sore merangkak ke senja. Cuba perhatikan bentukan pada gumpalan awan itu. Sesuatu ..???

6:34 petang; Reception.

Makan malam di Istana Minang II Parapat. Menu nasi padang pelbagai lauk-pauk aneka rasa. Paling saya suka ikan kecik² dari Danau Toba yang digoreng garing.


Jalan² sekitar pekan kecil Parapat.
"Hasilan" malam ini hanya 10 key chain berbentuk rumah Batak. Kami tak beli banyak di sini sebab harga seunit ditawarkan IDR 5k. Paling kurang pun IDR 4k. Rasanya boleh dapat harga tawaran yang lebih menarik esok harinya di Samosir. Penuh pengharapan gituu ... hheee.

Sampai kembali ke DTIC, DAR ajak ngobrol² lagi di tepian danau. Sebentar saje sebab fizikal perlukan kerehatan n esok harinya ada banyak agenda penting dalam Kembara S U M U T.

Rembulan mengambang penuh malam ini. Cantikkk ... subhanAllah!


Gud nite Toba!