BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, 7 November 2011

K E M B A R A . S U M U T |Day 2 [ Part I ]



H o r a s ..!!!

12 September 2011 Isnin; hari ke-2 @S U M U T.


* 6:12 pagi waktu tempatan.

Bangun awal pagi menikmati indah, tenang dan syahdu heningnya Danau Toba. Saya sangat sangatt sangattt suka suasana begini. Sungguhhh, hilang melayang terus 'duka' dan kesakitan yang saya bawa jauh hingga ke sini. Kesihatan juga amat baik, syukur sangat sangatt sangattt; alhamdulillah. Terima kasih buat chentahati saya yang bawa saya ke sini ...


Jam 7:00 pagi sudah siap sedia tunggu DAR pada lobby kaunter receptionist. Sempat juga klik klikk klikkk dulu. Cafe untuk sarapan pagi berlokasi di atas bukit. So kami tunggu saja DAR tiba untuk bawa kami ke sana. Berpeluh² wooo mau jalan kaki.

Pemandangan sangat sangatt sangattt cantikkk ... subhanAllah; Allahuakbar! Tambah berselera untuk menjamah hidangan sarapan. Tapi tak daya saya nak habiskan sepinggan meehun goreng tuu sensorang.


Teh `0 untuk saya, kopi `0 pekat hitam sedap melekat untuk chentahati saya.

Tumpang rasa nasi goreng ... nyumnyummnyummm.

Selesai sarapan, kami tidak terus check out. DAR yang mengatur itenerary menyatakan kami akan menaiki feri pengangkutan yang akan bawa Si Kijang Innova bersekali ke Samosir pada jam 11:30 pagi. Masa masih panjang lagi sementara menunggu waktu yang telah dijadualkan. DAR bawa kami pusing² sekitar Parapat dulu. Sempat juga kami menjengah ke Niagara Hotel yang agak terpencil lokasinya. Juga, teruja dan seronok menyaksikan desa², alam dan manusia yang ditemui. Kemudian buat tinjauan pula ke pelabuhan tengok trip pertama feri pengangkutan yang akan berlepas pada jam 8:30 pagi menuju ke Samosir. Di pelabuhan yang sama kami akan berlepas ke Samosir pada jam 11:30 pagi nanti.

Trip feri tepat jam 8:30 pagi ke Samosir berlepas meninggalkan pelabuhan, kami kembali ke DTIC bersantai²an lagi selain bersiap² untuk check out meninggalkan Parapat.




0 ulasan: