BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, 7 November 2011

K E M B A R A . S U M U T |Day 1 [ Part III ]












Jam 3:08 petang waktu tempatan; selamat check in di
Danau Toba International Cottage. Merentasi 6 jam perjalanan tuu ... Memulakan perjalanan tepat 9:00 pagi waktu tempatan dari Lapangan Terbang Polonia termasuk berhenti untuk khidmat diri dengan perjalanan santai² saje, sekitar jam 3:00 petang baru tiba ke destinasi dituju. Apa pun, perjalanan yang amat mengujakan ..! Saya tidak tidur langsung sepanjang perjalanan. Percayalahhh ... hhee. Dek lantaran itu juge, sampai di bilik n selesai tinjau itu ini, terus take a nap ... Apatah lagi dengan dingin angin petang yang sangat sangatt sangattt menyegarkan ditambah pula persekitaran tanah tinggi, memang menggamit mata ke pertiduran ... hhee. Masa ni deru ombak yang agak kuat menghentam tebing danau bebetul di depan bilik pun dah tak dipedulikan lagi ... zzzZZzzzzz.



Celik mata, menyusur tepian danau sambil lepaK I
N G. Seriau n cuak gak dibuatnya sebab tasik seolah² bergelora. Tapi itu adalah fenomena biasa apatah lagi dengan deru angin yang agak kuat dan bertambahlah momentum hentaman ombak pada tebing.

Danau Tob
a sayup mata memandang luasnya bak lautan. SubhanAllah, Allahuakbar ..! Dalam peta, ia berlokasi pada beberapa kabupaten; Kabupaten Simalungun, Kabupaten Samosir, Kabupaten Tapanuli Utara, Kabupaten Humbang Hasundutan, Kabupaten Karo dan Kabupaten Dairi di S U M U T. Hasilan letusan supervolcano sekitar 73k-75k tahun lalu membentuk danau ini berukuran panjang 100 kilometer dan lebar 30 kilometer menjadikannya danau terbesar di Indonesia dan Asia Tenggara dengan kedalaman
maksimum 529 m di bahagian utara dan 429 m di bahagian selatan; dan dikatakan sebagai danau volcanic terluas di dunia.

6:20 petang; sore merangkak ke senja. Cuba perhatikan bentukan pada gumpalan awan itu. Sesuatu ..???

6:34 petang; Reception.

Makan malam di Istana Minang II Parapat. Menu nasi padang pelbagai lauk-pauk aneka rasa. Paling saya suka ikan kecik² dari Danau Toba yang digoreng garing.


Jalan² sekitar pekan kecil Parapat.
"Hasilan" malam ini hanya 10 key chain berbentuk rumah Batak. Kami tak beli banyak di sini sebab harga seunit ditawarkan IDR 5k. Paling kurang pun IDR 4k. Rasanya boleh dapat harga tawaran yang lebih menarik esok harinya di Samosir. Penuh pengharapan gituu ... hheee.

Sampai kembali ke DTIC, DAR ajak ngobrol² lagi di tepian danau. Sebentar saje sebab fizikal perlukan kerehatan n esok harinya ada banyak agenda penting dalam Kembara S U M U T.

Rembulan mengambang penuh malam ini. Cantikkk ... subhanAllah!


Gud nite Toba!


0 ulasan: