BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Ahad, 8 Januari 2012

K E M B A R A . S U M U T |Day 4 [ Part I ]






( adehh, entry ni dah melangkau tahun dah niii ... )


14 September 2011 Rabu; hari ke-4 @S U M U T. Jam 8:15 pagi nan dingin dengan water heater yang tidak berfungsi, bersarapan meehun dan nasi goreng. Sama seperti di Danau Toba International Cottage sebelumnya, menu sarapan pagi ini by order juge. Dan ada dua pilihan sahaje; nasi goreng atau meehun goreng. Sedappp ..? Biasa² sahaje bagi saya. Tambah lagi mood tak selera saya ... hhuuu.

Sekitar jam 9:10 pagi mula bergerak meninggalkan Berastagi. Cuaca lembap, jalan basah dek hujan melebat pada malamnya. Cadangan asal untuk berjagung bakar dibatalkan sebab perut masih kenyang. Pemandangan sepanjang perjalanan biasa² sahaje; dengan keadaan jalan sama masih berliku². Saya pun tiada lagi teruja nak klik klikk klikkk. Sehari sebelumnya DAR bertanya sama ada saya mahu membuat tempahan langsir. Pagi ini saya nekad; jawapannya T I D A K. Lagi pula saya tidak gemar rekaan sarat. Perjalanan yang agak membosankan dari Berastagi ke Kota Medan. DAR masih ramah bercerita itu ini sehinggalah saya tiada mendengar apa apaa apaaa lagi ... hheee. Sedar², celik mata sudah memasuki Kota Medan. Tengok jam di tangan, baru jam 10:30 pagi. Hhuu ... perjalanan lebih singkat daripada jangkaan sebenar. Standard perjalanan mengambil masa sekitar 2 jam ... tapi kami tiba dalam tempoh kurang 1½ jam. Bayangkan ... bagaimana DAR melarikan Kijang Innovanya. Hheee ...


Kami bersinggahan pada satu kawasan perumahan di Padang Bulan, Simalingkar, Medan. Ketibaan kami disambut oleh Ibu Rosmini beserta menantu dan 3 orang cucunya yang comel. Inilah kediaman DAR sekeluarga. Memandangkan ketika itu masih lagi dalam mood Aidilfitri, maka kami dijamu dengan kuih raye. Sama sebagaimana kita di Malaysia. Ketika DAR menunjukkan kad namanya pada saya ketika berada di Tabo Cottages Tuk Tuk, saya sempat bertanya; "Mengapa kamu cetak BIN pada nama kamu ini ..?" Lantas jawabnya; "Yaa sebabnya nama saya macam orang putih, kakk ... yang memberi nama itu pun memang orang putih, majikan ayah saya. Lantas untuk memudahkan tamu dari Malaysia meyakini saya ini Muslim; berketurunan Melayu Deli lagi, maka saya letakkan BIN itu ...".


Makan siang kami dibawa ke Restoran Simpang Tiga. Ruang terbuka menjadi pilihan kami ... meja bulat, duduk di lantai dengan kaki berjuntaian dalam "lubang perigi" di bawah meja ... hheee. Ketika ini sudah tiba waktu fardhu Zohor dan kelihatan musolla yang disediakan dipenuhi dengan mereka yang mahu bersolat.

Menu eksotik, kulit lembu. Jika di Malaysia biasanya dihiris² kecil dan dimasak sambal tahun, di sini dimasak ala² gulai lemak dan berketul besar. Jus apokat bercoklat tidak ketinggalan untuk saya, c h e n t a h a t i pula jus kuini yang tidak dapat dipenuhi order ketika di Restoran H.Ramly Berastagi.

Wajah teruja + laparrr ...

Errkk, alhamdulillah ... syukur nikmat. Selesai makan, menuju ke Istana Maimun pula yang merupakan peninggalan kesultanan Melayu Deli. Sesampai di sini, c h e n t a h a t i terus menuju pada satu sudut. Saya lihat ada pakaian tradisi di situ. Hmm, bila pulak "mereka" sembang² berkenaan "itu" ..? Hhee ... saya follow sahaje berbusana pengantin Melayu Deli ... Saya disiapkan oleh seorang kakak, manakala c h e n t a h a t i dipersiap oleh sorang mamat yang boleh tahan kecoh mulutnya. Aksi seterusnya, klik klikk klikkk berposing atas "pelamin", dalam dan luar istana. Murah sahaje bayarannya berbanding masa yang diambil; IDR40k untuk 2 orang.


'>___<`
Ketika kami mahu meninggalkan ruang dalam istana, kami disapa oleh seorang pakcik yang memohon sedikit sumbangan untuk biaya pengurusan istana. DAR yang melihatnya lantas mencelah dan menyatakan "fee" aka sumbangan telah diberi/dibayar olehnya sesampainya kami pada awal tadi. Beralih ke bahagian luar istana, kami masuk ke bangunan khas menempatkan meriam lama yang hanya tinggal sebahagian sahaje fizikalnya, manakala sebahagian badan meriam itu menurut ceritanya berada di Berastagi. Ada sejarah dan cerita tersendiri mengenainya. Tapi saya sudah lupa ... lupa dek terpaku melihat satu scene ketika masuk ke ruangan tersebut. Masuk bersama kami seorang wanita separuh abad bersama seorang kanak² dalam lingkungan usia +-10 tahun. Di tangannya ada bungkusan berbalut daun pisang. Mulanya dia cuba berbual² dengan penjaga bangunan dan kelihatan teragak². Penjaga bangunan kata ... "buatlah sahaje". Apa yang nak "dibuat"nya ..??? Apa yang saya bimbangi berlaku di depan mata. Walau perlahan tutur wanita tersebut sambil tangan kanannya memegang meriam yang berbalut dgn kain (x ingat warna apa), tapi masih bisa saya dengar dgn jelas ... " ... saya berhajat blablaablaaa ..." kemudia tangan diangkat berdoa. Agak lama juge dan disusuli dengan bungkusan berbalut daun pisang dibuka ... makanan! Sungguh saya terpaku, tapi c h e n t a h a t i masih sempat dan selamba merakam menggunakan camcorder. Memang tak tunggu lama dahh, terus saya ajak c h e n t a h a t i keluar segera. Rasa kesal pula masuk ke bangunan tersebut. Astaghfirullahal 'adzimmm.

Bangunan khas menempatkan meriam berada dalam bangunan belah kiri istana.


Keluar dari perkarangan Istana Maimon, shopping time! Kami dibawa ke kedai Haji Daud berbangsa Pakistan yang fasih berbahasa Kelate. Ketika mahu membuat bayaran di kaunter, pembantu kedai sempat promote jualannya iaitu kerepek belinju (ada yang sebut melinjau, belinjau). Menurutnya itu jualannya secara peribadi, bukan Haji Daud punya. Dipujuknya saya. Bersungguh². Lantas saya bersetuju untuk beli sebungkus sahaje. Elok je saya nak bayar bersekali dengan barang² lain, telekung, beg bercorak batik Indonesia untuk dijadikan sebagai souvenir, dan 2 pasang kebaya sulam, tup² kerepek belinju sudah jadi 2 bungkus. Aikk ... sebungkus lagi ni siapa punya ..???! Ini boleh mendatangkan amarah! Ikut suka budak tu jee ... tadi saya dah setuju untuk beli satu, ni main paksa² pulak tambah sebungkus lagi ... amik kesempatan pulak masa kita nak bayar kat kaunter. Mintak maaf la erkkk ... bab gini saya mmg kena bertegas!


Cantikkk takk ..? Untuk rekod, inilah pertama kali saya beli baju kebaya bersulam. Hhee ...




0 ulasan: