Percutian singkat 3D2N 8~10 Disember, Khamis, Jumaat, Sabtu; Kembara @Utara melengkap kalendar 2011. Sesaje amik cuti rehat yang masih banyak berbaki melebihi 35 hari sehingga Disember 2011. Hasrat hati untuk menyusuri dan bersinggahan di lokasi² menarik sepanjang laluan utara <-> Sungai Buloh.
Perjalanan bermula agak lewat; sekitar jam 12 tengah hari. Melepasi Hulu Selangor, perjalanan ditemani dengan hujan melebat. Hampir sepanjang perjalanan. Berhenti rehat dan rawat di Tapah, juge di R&R Gunung Semanggol dan R&R Sungai Perak Arah Utara. Pemanduan penuh berhemah sambil ditemani CD Akhil Hayy yang entah berapa kali pusing berlagu. Perjalanan yang dijangka maksimum 5 jam, melangkaui 7 jam ..! Merentasi Jambatan Pulau Pinang tatkala hampir meremang warna jingga senja. Hhuuu.
Memasuki pulau, terus saje menuju ke arah Batu Feringghi/Teluk Bahang. Trafik agak perlahan tambah pula mungkin dek kerana hari ini hari kerja. Ini adalah kali kedua kami bercuti di sini. Penginapan kali ini kami dapat unit studio. RM8/nite. Siapa mau bagi semurah gitu ..??? Terima kasih BNM ..!
Lengkap dengan cutleries beserta kekawannya.
Malam ini jenjalan sesaje sekitar Batu Feringghi menjengah gerai² jualan sambil cari makan. Kompleks Balai Polis Teluk Bahang tersergam megah. Pertama kali saya ke sini bersama c h e n t a h a t i suatu ketika dulu, ia hanya merupakan sebuah bangunan kecil balai polis.
Inilah saje hasil belian; fridge magnet. 3 for 10 hengget.
Makan nasi goreng kampung n sup sayur. Sedappp.
Selesai makan, merayap pula ke Hard Rock Cafe!
Jom masuk bilik ..! Suhu di luar semakin mendingin.
0 ulasan:
Catat Ulasan