BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sabtu, 21 Januari 2012

K E M B A R A . S U M U T |Welcome Home ..!




Hari ke-6; 16 September 2011 bersamaan dengan Hari Malaysia. I luv u, Malaysia!

Pepagi lagi sudah berada di lobby hotel. Janji dengan DAR jam 6:00 pagi; tapi memandangkan DAR masih tiada kelihatan, maka kami bersarapan dulu. Best! Sebab makanan pastinya masih banyak n kami jadi penyantap pertama sebelum penginap yang lain turun bersarapan. Menu biasa² saje, tapi cukuplah untuk kenyang sementara tiba di Malaysia nanti.


Selesai sarapan, terus ke Polonia Airport. Perjalanan tak sampai 10 minit pun dari Hotel Madani. Menghampiri terminal berlepas yang cukup sibuk pagi itu, DAR minta c h e n t a h a t i turun dahulu untuk mengambil troli di bahagian belakang Dunkin Donut. Bukannya apa, by the time Kijang Innova berhenti di terminal, troli dah ada n dapat mengelak daripada serbuan ulat ulatt ulattt. Ketika bagasi diturunkan dari kenderaan, ada juge ulat yang menghampiri, tapi pantas dibantu jawab oleh DAR; "... mahu angkat sendiri saja".

Khidmat DAR berakhir di situ. Ouchh, siap berpeluk arab lagik tuhh. Terima kasih DAR; kami amat berpuashati dengan perkhidmatan kamu. Syukur alhamdulillah juge, kerana dengan izin serta 'inayah-Nya jua kembara SUMUT ini baik² sahaje adanya dari awal hingga akhirnya ... walau kemudiannya saya terbaca sesuatu yang tidak enak berkenaan servis DAR. Pokok pangkalnya, r e z e k i ...

Urusan check in memang agak menguji kesabaran. Beberapa orang wanita Cina tempatan yang berada pada barisan yang sama di belakang saya siap merungut². Kaunter daftar masuk berstatus "OPEN" hanya satu, sedangkan orang ramai dah beratur panjang. Hairannya (buat² hairan), kaunter di sebelah kanan yang berstatus "CLOSED" ada petugas daftar masuk di situ. Tapi mengapa tidak di"open" kepada kami kamii kamiii ini ..??? Hhuuu beberapa ketika kemudian terjawab jua persoalan saya tanpa perlu berkata apa apaa apaaa. Itulah kaunter untuk para ulat ulatt ulatttan. Konklusi saya mudah sahaje; itulah dia aktiviti pengulatan yang direstui.

Menjangkau 1 jam barulah urusan daftar masuk selesai. Ketika ditanya apakah isi kandungan kotak yang kami bawa, sejujurnya kami jawab; "buah salak, buah pisang kaki dan kek lapis". Sehingga hari ini saya tidak pasti sama ada buah²an itu boleh dibawa keluar semudah itu sebenarnya ... Apa pun, yakin pada r e z e k i. Selesai urusan kaunter daftar masuk, beralih pula ke kaunter imigresen. Sebagaimana ketika tiba, bapak imigresen ini juge tiada senyuman langsung. Saya diminta meletakkan tapak tangan pada sensor ... hhuu belasah sajelah sebab sebagaimana ketika awal tiba, saya memang tak faham ntah apa yang diminta sebenarnya ... hhihhiii. Mahu ibu jarikah ..??? Atau tapak tangan kiri dan kanan kahh ..??? Instruction yang terlekat di situ pun sukar untuk diteliti satu persatu. Soalan yang sama ditanya ketika tiba hari tu adalah tujuan saya datang ke Medan.

Saya : "... bercuti".

Pak Imi : "Oohh, kamu belajar di sini ..? Di universiti mana ..?".
Saya : [ konpius ]
Pak Imi : "Kamu belajar di universiti mana ..?"
Saya : [ ala² sudah faham akan kekonfiusan ] "Ohhh, saya datang melancong di sini".

Hahaa ... buat² faham sudah la yee. Bercuti vs Melancong.

Selesai urusan dengan Pak Imigresen, silalah menuju kaunter airport tax pula. IDR 75k setiap seorang. Kemudian barulah boleh masuk ke balai berlepas ye tuan² puan² . Legaa. Tiada sebarang tip atau selitan uang kami berikan pada sesiapa petugas di Polonia Airport. Dan tiada siapa pun yang bertanya sama ada masih berbaki uang yang dibawa. Hheee. Alhamdulillah, semuanya baik² sahaje.


Tiba di rumah sekitar jam 11:00 pagi Jumaat nan mulia ... alhamdulillah.

Buah²an yang selamat tiba di Malaysia ;)


Berakhirlah sudah catatan Kembara @S U MU T 2011 nan cukup indah.




0 ulasan: