BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Ahad, 15 Januari 2012

K E M B A R A . S U M U T |Day 5




Harap harapp harappp sesangat catatan kembara @S U M U T ini dapat diselesaikan sesegeranya. Dah melangkau tahun, tak siap siapp siappp juge lagi ... hhuu.

Kembara hari ke-5 ini bagi saya 70% agak membosankan. % keterujaan juge tidak lagi sebagaimana pada hari² yang lalu. Sakit kepala + bosan + sesak fikiran + mumet ..! Tambah lagi di fikiran mula teringat "kesakitan" yang ditinggal di Malaysia. Tapi, tang makan ... memang bisa membuatkan saya tersenyum keriangan. Hheee ...

Bagi yang menginap di Hotel Madani, silalah bersarapan seawalnya yaa. Jika tidak, makanlah makanan yang tinggal seadanya. Hotel Madani ni jadi tumpuan untuk berkursus dan sebagainya. So sebaik²nya sekitar jam 6:30 - 7:00 pagi tu jadilah orang pertama muncul kat cafe >___<

Agenda pertama pagi ini membeli dan membelah kek lapis Zulaikha nan tersohor. Kena pergi awal sebab menjelang tengah hari lazimnya stok telah habis. Kek lapis akan dimasak setiap hari. Apabila kek pada hari tersebut habis, stok tidak akan ditambah lagi. Itulah sesaje. Waktu kami tiba, memang ramai orang sedang membeli dan membelah. Lebih tepat lagi, memborong! Bagusnya, belian akan siap dibungkus secara proper dalam kotak putih khas siap bertali sebagai pemegang.

Selesai agenda Zulaikha, beredar pula menuju Sun Plaza. Di sinilah berlokasinya Sogo. Tapi tiadalah kami menyogo sakan ... sekadar melihat² apa adanya di situ. Memandangkan masa yang ada masih banyak terluang, DAR bawa kami ke Medan Plaza Centre. Tiada apa yang menarik. Hanyalah membuatkan saya S I C K ... lagi membosan. Ini bukan "tempat"nya untuk saya. Hhuuu rindu sama damainya alam Samosir, birunya langit Parapat, dinginnya cuaca Berastagi. Digicam juge dok diam diamm diammm saje dalam backpack. Foto di bawah ini adalah hasil tangkapan c h e n t a h a t i.


Kembali bisa tersenyum ... makan time ..! Memang kena dengan selera saya. Wong Solo ini selain pemes dengan ayam bakarnya, pemes juge dengan kangkung goreng belacannya. Kami order ikan bakar, cumi berlada dan kangkung goreng belacan yang membuatkan mengalir segala air hidung dan air mata. Sedappp ... tapiii, hhuu pedasss tak terkata kataa kataaa ..! Tak ketinggalan tempe penyet yang sangat sedap!

Kesopanan dan kesusilaan >___<


Lepas makan siang, di luar agenda sama sekali ... Taman Buaya. Really really really hate this place! Hhuuu ... ini juge bukannya "tempat" saya.

Malamnya selesai makan malam berehat² saje di bilik sambil packing barang². Esok sudah mahu kembali ke Malaysia. Yeayyy ..! Makan malam di Amaliyyuun saje. Kali ini try makanan peberet saya; lontong. Lontongnya dimasak dalam bungkusan daun pisang. Cantik kehijau²an. Disuaipadan pula minum dengan apokat milkshake ... sedappp tak terkata berlemak lemakk lemakkk berkrim.



>___*





0 ulasan: