Hari ke-2 @Penang, 09/12/2011 Jumaat; selepas sarapan di 'rumah', terus saje menuju ke Bukit Bendera. Pertama kali sejak kami menjadi suami isteri ... hheee. Kami tiba sekitar jam 11:00 pagi. Mentari pagi sudah mulai terik. Parking kereta pula tiada lokasi proper. Huhh! Kesian pada para ibu bersama anak² mereka atau juge bagi warga emas. Kebanyakannya turunkan dahulu ahli keluarga mereka di pintu masuk; kemudian barulah mereka cari pula tempat parking. Tak terjangkau langsung dalam perkiraan saya begini keadaannya. Sebenarnya di bahagian luar itu ada tempat parking bertingkat; malangnya "masih belum" boleh diguna. Untuk mengetahui isu sebenar, sila bertanya pada pakcik google dengan kata carian ini; 'parking bertingkat Bukit Bendera'.

Kemudian terus saje Q beli tiket. Harga tiket untuk dewasa RM8. Jika anda bukan warga negara, sila bayar RM30 yee untuk dewasa. Ada juga pakej untuk keluarga warga tempatan iaitu RM18; manakala untuk pakej keluarga warga asing RM70. So waktu beli tiket di kaunter, sila la tunjukkan mykad memasing. Selesai urusan di kaunter, sila pula ke bahagian berikutnya. Sila tunggu; anda akan dilayan sebentar lagi ... hheee. Tak lama pun tempoh menunggu ... dalam 15-20 minit sudah boleh menaiki tren. Yeahaaa ...



Melepasi terowong, maka tibalah di stesen utama di puncak Bukit Bendera.



View sekitar.



Uncle jual pelbagai jenis kacang.


Food court ini sedang dinaiktaraf (mungkin). Sangat menyesakkan dada; sangat menyakitkan mata ..!

Dari Bukit Bendera, menuju pula ke Botanical Garden. Ketika kami tiba, Expo Orkid sedang berlangsung. Adehhh ... kena parking kereta punyalah jauhhhhh. Tak kurang daripada 1.5 km kena menapak mengukur jalan. Gilosss!
Dari gate utama, kami naik tren pusing sekitar Botanical Garden. Sila bayar ye sebelum boleh dibawa pusing pusingg pusinggg. Personally, tiada apa yang menarik melainkan pepohon cannon-ball tree yang amat unik. Cuma, awasi sang beruk. Elak sama sekali membawa bersama makanan; atau anda perlu bersedia berlakunya rampasan atau tarik-menarik berlaku antara anda dengan sang beruk!




½ hari berakhir di Botanical Garden.