Hari minggu nan indah. Bergotong-royong di laman nan seciput alam. Alangkah indahnya donia; alangkah bahagianya hidup. Hari² dapat begini kan besttt. So sila la kemuka notis perletakan jawatan sesegeranya.
Isnin, 27 Februari 2012
'GARDENER' KESAYANGAN H A M B A
Hari minggu nan indah. Bergotong-royong di laman nan seciput alam. Alangkah indahnya donia; alangkah bahagianya hidup. Hari² dapat begini kan besttt. So sila la kemuka notis perletakan jawatan sesegeranya.
CATATAN ina di 2/27/2012 10:16:00 PTG 0 ulasan
Labels : BERSANTAI SENANG LENANG, CHENTA HATI, SANGGAR LAMAN
Ahad, 26 Februari 2012
IKAN MASAK ASAM YANG SESANGAT S E D A P
Versi hari Ahad. Saya jarang masak pada hujung minggu. Tapi dek alah dengan godaan si ikan kembung kecik² goreng garing, saya gigihkan diri memasak. Makan panas² dengan nasi putih beserta ikan kembung goreng kegemaran. Lawan pulak dengan kicap cili dipatah². Tak perlu kata apa apaa apaaa dahhh ... makan saje!
Ni namanya ikan gerut² ... tambah dengan bendi, serai dititik. Tambah sedap n makan pun bertambah tambahh tambahhh.
Ikan kembung segar kecik² RM6 sekilo. Walaupun kecik, tapi mostly bertelur.
Kenyang perut suka hati. Alhamdulillahhh; rezeki makan untuk hari ini.
CATATAN ina di 2/26/2012 11:28:00 PTG 2 ulasan
Labels : MENU SANTAPAN
A W A S ..! IA ADA DI MANA MANAA MANAAA
M u s a n g berbulu A y a m; L e m b u berkulit R i m a u !
CATATAN ina di 2/26/2012 05:49:00 PTG 0 ulasan
Labels : HANYA PADA-MU
Sabtu, 25 Februari 2012
OHLALAA KUAH ROJAK KACANG MAK BEE
CATATAN ina di 2/25/2012 09:54:00 PTG 0 ulasan
Labels : MENU SANTAPAN
Jumaat, 24 Februari 2012
S A N G G A R C H E N T A INI SYORGA KITA
Tambah pula dengan musim hujan sekarang. Dingin udara di luar tambah menenangkan dengan haruman dedaun dan bebunga segar. Buat c h e n t a h a t i saya; inilah syorga kita @S A N G G A R C H E N T A. Moga cinta, kasih sayang antara kita terus mekar bernyawa; di bawah lindungan mawaddah serta rahmah-Nya. Apa jua cabaran, dugaan yang menjengah sesama kita tepis² dan silat²kan saje ..!
Apa pun, saya bahagia di sisi kamu; sungguh ..! Terima kasih kerana menjadikan saya suri di hati kamu; juge suri @S A N G G A R C H E N T A . Cuma kan kann kannn, akhir² ini jika kamu wahai si c h e n t a h a t i terperasaAn, virus 'M' yang amat kronik sedang menyerang saya. Virus 'M' tahap tak boleh ditolong kali ini khusus dalam bab kemas mengemas. Hhuuu.
Apa dah jadi ..?
Apa sedang jadi ..?
Apa akan jadi ..?
CATATAN ina di 2/24/2012 06:55:00 PTG 0 ulasan
Labels : CHENTA HATI, KESIDANG, SANGGAR LAMAN
Rabu, 22 Februari 2012
S U C I kan H A T I ( II )
CATATAN ina di 2/22/2012 05:17:00 PTG 0 ulasan
Labels : HANYA PADA-MU
Isnin, 20 Februari 2012
KEMBARA A L A M & M A N U S I A
Kami mula panjang langkah ke negara lain bermula tahun 2011. Masih terlalu baru, kann ..? Ada promo AA zero fair pun tak pernah kami endahkan apatah lagi tagline "now everyone can fly" memang tak mengusik hati kami langsung. Mengapa ye ..?
Sebab utama;
1. Kumpul duit nak masuk rumah yang baharu dibeli. Memang pulun abis laa ... Nak masuk rumah baharu memang sungguh teruja. Sanggup simpan lebih 50% daripada gaji bulanan untuk itu. Apatah lagi tatkala masuk rumah baharu, semua serba serbi nak baharu. Hheee. 2. Saya sukar nak dapat cuti panjang walaupun cuti tahunan 30 hari. Lazimnya dibawa ke tahun berikutnya menjadikan jumlah cuti rehat saya berganda gandaa gandaaa. 3. Kami dah nekad; untuk ke destinasi nan "satu" itu bersama². Selagi belum menjejaki destinasi nan "satu" itu, sila lupakan nak panjangkan kaki melangkah melangkaui sempadan aka negara lain. Alhamdulillah, dengan izin-Nya kami menjadi tetamu-Nya pada suatu tahun yang telah ditentukan oleh-Nya.
2011; bermula langkah panjang kami. Ni dalam kepala dok fikir apakah destinasi seterusnya. Saya addicted ..! Sungguh ..! Sebenarnya pengembaraan kami bukan sekadar untuk suka², jauh sekali berpoya²an; tapi adalah sesuatu yang saya gambarkan sebagai kembara alam dan manusia. Melihat kehidupan di negara lain, alamnya, manusianya, jalin hubung alam dan manusianya; semua itu memerlukan pandangan serta renungan dengan mata hati ( chewahhh ). Setiap yang dilihat sebenarnya ada intisari atau intipatinya yang tersendiri. Terserah bagaimana untuk kita mencernanya.
"Mengembaralah di bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana kesudahannya orang-orang yang sebelum mereka; kebanyakan daripada mereka adalah orang-orang yang menyekutukan." ( ar-Ruum; 30:42 )
Syukur di atas semua bentuk rezeki nan tiada terhitung banyak dan luas kurniaan-Nya; fizikal nan sihat dan lengkap, akal nan waras, pancaindera nan sempurna, rahmat kesihatan yang baik, kelapangan masa, kerjaya nan teguh, anugerah 'soulmate' nan sehaluan, seiring, senada dalam melayari hidup ini. Dan pada setiap penghujung kembara itu, hati dan kasih saya tetap kekal rasa syukur dilahirkan, dibesarkan warga negara bertuah ini; Malaysia.
Tapi kan, jalan, jalann jugakkk ... kembara, kembaraa jugakkk. Tapi jangan lupa untuk buat simpanan RM pada % tertentu. Bukan simpanan daripada lebihan, tapi % daripada pendapatan yang telah ditolak sesiap sebelum dilebur atau dilabur untuk tujuan lain.
Setiap bulan!
Disiplin!
Simpanan untuk hari esok. Kita tak tahu apa akan jadi pada detik berikutnya. Hari ini sihat, esok belum tentu. Hari ini gembira, esok belum pasti. So, sila la buat simpanan juge.
CATATAN ina di 2/20/2012 07:30:00 PTG 0 ulasan
Labels : B E I J I N G IN WINTER, KEMBARA 2 0 1 2, KEMBARA 2011
Ahad, 19 Februari 2012
Saya, Tudung Syria, Shawl dan Online Shopping
Semua nampak cantik. Nak itu, nak ini. Itu pun saya buat² lupa saya ada M2U ... dan sesungguhnya saya tak pernah ingat apakah kata laluan akaun M2U saya. So, tatkala nak menyopping atas talian, 'pinjam' M2U c h e n t a h a t i saya. Kekadang ingat untuk bayar semula; kekadang lupa; n kerap juga buat² lupa. Hihiii. Bukannya apa, kerap kali beliau berkata; "xpe, tak payah laa bayar² semula". Yeahaaa ..! Cuma untuk kali ini semua pembayaran saya selesaikan melalui ATM transfer. Kalau semua guna M2U, bertambah tambahh tambahhh pantas n efisyen la saya memborong di alam maya. Hhuuu.
Puas hati ..? Alhamdulillah, memang puas hati ..! Cantik, selesa n kena dengan saiznya. Tudung kegemaran saya; syria cotton. Disuaipadan dengan inner neck yang lembut selesa, sapsapsui saje bersiap g keje.
CATATAN ina di 2/19/2012 05:42:00 PG 0 ulasan
Labels : MEMBELI dan MEMBELAH
PANTUN 17 KERAT : 4 Negara Direntasi Akhirnya Bertemu Si Pengganti
setelah setahun dirampok dek pencuri
hati tak berubah pada yg tlh pergi
4 negara direntasi ( p o y o ! )
mencari mencarii dan mencariii
tak mengira yg asli atau imitasi
tapi tak juge ditemu yg berkenan di mata juge di hati
ke sana ke mari ber'pouch' stroberi
pasti si dia melihat tak sampai hati
4 negara direntasi
akhir kembali di negara sendiri
walau masih separuh hati
tapi saya cuba untuk menyukai
yang utama ia free
hihiihiii
pilihan si c h e n t a h a t i
terima kasih daun keladi keladii keladiii.
CATATAN ina di 2/19/2012 02:40:00 PG 0 ulasan
Labels : CHENTA HATI, MATERIALISTIKKAH
Isnin, 13 Februari 2012
B e i j i n g in W i n t e r |D A L A M H A T I A D A R I N D U
Mahu itu, mahu ini ... hhuuu.
Moga dimurahkan rezeki nan halal, dikurnia kesihatan, dipanjangkan usia dalam keberkatan. InsyaAllah bisa mengembara lagi dalam siri kembara alam dan manusia, melihat betapa luasnya alam ciptaan Ilahi, mensyukuri nikmat~Nya menjadi warga bumi bertuah ini; Malaysia ..!
CATATAN ina di 2/13/2012 01:05:00 PG 0 ulasan
Labels : B E I J I N G IN WINTER, KEMBARA 2 0 1 2
Ahad, 5 Februari 2012
B e i j i n g in W i n t e r |KENDURI S T R A W B E R R Y
29 Januari 2012; syukur ... selamat mendarat di KLIA perjalanan terus menerus +-3 jam ½ dari Hong Kong. Jam 8:10 malam telah menjejak kaki di terminal. Hhee ... tup² terus saje berkisah selamat tiba di Malaysia, erkk ... Yearghhh, sangat sangatt sangattt merindui Malaysia; tanahairku nan terchenta ..!
Saya bercuti sehingga 31/01/2012. Amik nafas panjang panjangg panjanggg dulu sebelum masuk opis. Dalam dua hari itu la saya cuba untuk 'release' fizikal kepada asalnya "saya orang Malaysia". Memang flat sungguhhh. Tapak kaki saya membengkak. Jalan suda macam pingu; terkedek kedekk kedekkk. Hheee. Lelain biasa saje. Cuma sangat banyak lendir dari peparu berlumba² mahu keluar ... ayyarkkk. Agak kelakar, saya kena ruam lampin ... hahaa. Rashes naik pada bahagian 'belakang'; sama cam baby. Disapu dengan Nivea losyen, tiada lagi gatal² dek ber'longjohn' seharian.
Termenung saya tengok buah stroberi yang masih berbungkus dalam plastik. Melihat pada fizikalnya yang masih elok segar, terfikir pula ntah berapa lapis punya lapis punya lapis bahan pengawet yang dicelup padanya. Agak lama juge saya rendam dalam air bersih. Saya beli di hadapan Pasaraya Muslim Niujie. Nyonya yang menjualnya langsung tak reti berbahasa lain selain Mandarin. So saya peratikan dulu bagaimana penduduk tempatan membelinya. Akhirnya saya hulur ¥20 pada nyonya. Dapat la 500 gram stroberi yang besar besarr besarrr saiznya. Rasanya juga agak manis; juicy!
Selasa malam tu, fikir punya fikir punya fikir ... at last saya blend sebahagiannya bercampur susu segar. Saya jadikan puding stroberi. Dilapisi pula dengan coklat masakan setebal mungkin. Then tabur pula dengan potongan buah stroberi. Perghh, sodap giler gilerr gilerrr.
CATATAN ina di 2/05/2012 10:18:00 PTG 0 ulasan
Labels : B E I J I N G IN WINTER, KEMBARA 2 0 1 2