BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Rabu, 1 Ogos 2012

EDISI K E M B A R A LAGI; MEMPERBAHARUI PASSPORT

Ke mana pula destinasi kembara yang seterusnya ..? Apa pun, urusan memperbaharui passport yang akan tiba ke tarikh luputnya pada Januari 2013 perlu diselesaikan segera. Selesai proses memperbaharui passport, bolehlah buat visa pula. Untuk tujuan itu, selain urusan di kaunter pejabat Imigresen, passport juga boleh diperbaharui melalui proses atas talian. Tapi memandangkan opis saya berlokasi di Shah Alam juge, maka adalah lebih baik saya berurusan di kaunter sahaja.

Pagi ini yang tak berapa nak pagi sangat dah, saya ke Aras 2, Kompleks PKNS Shah Alam. Nak mudah, naik lif hujung kompleks yang terletak berhampiran farmasi Guardian. Boleh saje naik lif yang mana pun, insyaAllah akan sampai juge. Cuma sebagai panduan, naik la lif yang lebih mudah untuk kita sampai terus ke lokasi tujuan sebab Kompleks PKNS Shah Alam ni "berlapis²" laluannya bagi setiap tingkat. Silap laluan, berpusing² la mencari hala tujuan sebenar. Di Aras 2 ini khusus bagi urusan berkaitan Passport Malaysia, urusan pekerja asing - visa dan juge permit. Manakala di Aras 3 pula, khusus untuk Bahagian Penguatkuasa. Bagi yang tiada gambar, boleh ke GSA Travel & Tours di Aras 2 tu juge. Saya terpaksa menerjah pejabat GSA tu untuk mendapatkan atau lebih tepat membeli pen untuk isi borang permohonan memperbaharui passport. 


Ambil borang permohonan perbaharui passport di kaunter pertanyaan. Selesai isi borang, kembali ke kaunter yang sama untuk ambil angka giliran. Sila tunggu. Anda akan dilayan sebentar lagi.

Haa tak perlu tunggu lama. Sapsapsui sahaja. Terima kasih pejabat Imigresen Kompleks PKNS Shah Alam. Pantas dan efisyen. Selesai pengesahan itu ini, sila tunggu sebentar sehingga nama dipanggil oleh kaunter bayaran. Saya pilih passport untuk tempoh 5 tahun; 48 muka surat berharga RM300.00. Passport hanya boleh diambil selepas tempoh 2 jam. Sementara menanti siap, boleh la jalan² sekitar Kompleks PKNS tu sesambil cuci² mata; juge cuci² poket.

Siap sudaaa



















0 ulasan: