BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Jumaat, 24 Ogos 2012

EDISI SEBELUM DAN SELEPAS RAYA |BILAKAH RAKYAT MALAYSIA AKAN SELESAI MEMBELI DAN MEMBELAH

Saya mungkin termasuk dalam "golongan" itu. Golongan yang suka bersesak² dan menyesak²kan diri menyOGO dan mengeTAR. Tapi saya lebih takjub lagi terpegun melihat "mereka²" itu. Sebelum raya shopping; semasa raya shopping, dah lepas raya pun shopping lagi lagii dan lagiii. Manusia bagaikan tiada surut².
 

Sepanjang Ramadhan lalu entah berapa kali saya mengeTAR. Heaven ..!!! Banyak juge butik baju dah bertukar jadi butik tudung. Pelbagai jenis, pelbagai nama, pelbagai gaya, pelbagai fesyen. Daripada gaya klasik, moden, hinggalah gaya mak daten. Saya sendiri bukanlah nak membeli lagi membelah sangattt; tapi lebih suka memerhati pelbagai gelagat manusia. Paling utama, kenkonon nak amik 'feel' menjelang raya. Tak sesak, tak seronok. Tak terasa bahang Aidilfitri. Konon ..! Dan sebagaimana tahun lalu, tatkala saat² akhir menjelang raya, saya mengeTAR lagi seusai berifthar di Lanai Kijang. Jika tahun lalu saya bersesak dan berasak pada malam 1 Syawal hinggaterpecahlaluandengansisuami, tapi tahun ini sehari sebelum raya. Sekadar membeli songkok dan terrRrbeli juge selai tudung. Selebihnya, lepaKING depan Menara CIMB intersection of Jalan Raja Laut dan Jalan Esfahan sambil mengunyap jagung bakar 3 hengget. Malam itu bagaikan pesta makanan, pesta pakaian raya, pesta segala kelengkapan dan keperluan berhari raya termasuklah sepender raya. Penuh dengan lautan manusia di sepanjang kaki lima Jalan TAR. Itu belum lagi di celah² Jalan Masjid India dan sekitar lorong² belakang yang tak sanggup saya terjah. Mak arab dan pak arab juge ramai bershopping sakan. Mungkin sebagai pelancong, atau juge berkerjaya di sini. Sekeluarga berhari raya di Malaysia. Lagi pula, sepanjang Julai-Ogos ini memang lazimnya musim mereka melancong ke Malaysia. 






Semalam, Khamis 05 Syawal 1433H saya ke Kuala Lumpur lagi. Berurusan penting di Jalan Ipoh dan Jalan Sultan Ismail sebelum menjejak Sogo-Jalan TAR sekadar cari² lokasi makan tengah hari. Matahari terik memancar, tapi serasa dingin dan nyaman pula. Sebagaimana saya nyatakan pada awal² tadi, manusia masih tidak surut². Membeli dan membelah. Apatah lagi pihak Datuk Bandar DBKL sudah isyhtiharkan semalam tempoh lanjutan  berniaga untuk para peniaga Bazaar Raya Jalan Masjid India dan sekitarnya sehingga Ahad ini; 26 Ogos 2012.

Owhh, rakyat Malaysia memang mempunyai taraf keberUANGan yang tinggi. Atau juge, mereka juge sama seperti saya ... sekadar bersantai²an, lepaKING bersama keluarga di Kuala Lumpur. Betapa makmurnya Malaysia ..!



0 ulasan: