BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Ahad, 5 Ogos 2012

RAHMAT R A M A D H A N |NASI AMBENG BERDULANG²

Kami 10 adik-beradik 'yatim piatu'. Sudah tiada berayah, juge beribu [ al-Fatihah untuk kedua²nya ]. Hanya pada mak sedara, juge pak sedara tempat kami bermanja. Hhuuu. 


Bersempena Ramadhan 1433H ini, sama juge sebagaimana tahun² yang lalu, kami saya merancang untuk berkumpul adik-beradik untuk satu majlis ifthar. Tarikh dipilih lagi terpilih; 04 Ogos 2012 Sabtu bersamaan 15 Ramadhan 1433H. Segera saya berhubung dengan Alang; mak sedara yang paling akrab dengan kami walaupun sebapa tapi berlainan ibu dengan arwah mak. Langkah seterusnya, berhubung dengan 9 adik-beradik yang lain. Kiranya saya melantik diri sendiri sebagai peneraju serta perancang utama. Walau saya adinda bongsu, apa ada hal untuk memulakan langkah. Alang pula bersungguh² mempelawa rumahnya sebagai lokasi ifthar kali ini. Saya ok saje. Kecil tapak tangan, berdulang² saya tadahkan.

Telah 19 tahun ayah pergi, dan telah 12 tahun mak menyusulinya. Alhamdulillah, dengan rahmat serta naungan ar-Rahiim, hubungan kami 10 adik-beradik tetap kekal akrab walau pada permulaan dahulu sedikit berkocak. Terima kasih juge buat Alang dan Paman yang banyak memainkan peranan agar kami kekal bersatu.

Sepupu sepapat.











Haippppp




Tu diaaaaa


Tengok la tuu ... memacam juadah ada. Juge tak lupa cendol durian homemade dan juge oren bodo. Hhee. Buffet RM99.99 kat hotel berbintang² pun kalah.

















Alhamdulillah wa syukurillah.



0 ulasan: