BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, 2 Januari 2012

B e i j i n g in W i n t e r |K e T E R U J A an Berterusan








Confirmed ..! Alhamdulillah, semua urusan dengan travel agent telah selesai. Full payment juga dah disempurnakan untuk pakej 7D6N. Hanya menunggu siap visa sahaje. Permohonan kelulusan untuk ke luar negara sudah saya serahkan hari Khamis lepas sebaik sahaja tarikh dimuktamadkan. Ohh, cuma sarung tangan serta losyen belum saya beli. Begitu juge dengan insuran perjalanan. InsyaAllah esok akan saya uruskan dengan bahagian admin di pejabat saya.


Sementara itu, kenkonon gigih la belajar basic bahasa Mandarin. Hhee ... memperkaya bahasa; tiada ruginya, kann ..?

我现在呢就在熊猫、长城、故宫国家的首都,没错!北京Wǒ xiànzài ne jiù zài xióngmāo, chángchéng, gùgōng guójiā de shǒudū, Méi cuò! Běijīng

Saya sekarang sedang berada di ibu kota negara Panda, Great Wall dan Forbidden City. Yup, betul sekali ... B E I J I N G ..!

Hheee ... kredit kepada http://www.mandarin.web.id/


Sementara itu, berita sehari dua ni agak kurang menggembirakan. Apa pun, semoga semuanya sejahtera; impian untuk ke ibu kota negara P A N D A, kota seribu sejarah serta ketamadunan silam akan menjadi kenyataan. Ameen ...




0 ulasan: