BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Rabu, 26 September 2012

B E I J I N G IN W I N T E R |Angin Meng'UPDATE' Cerita Kembara Suda Mariii



Berdasarkan kiraan bermula hari ketibaan di Beijing, ini adalah cerita kembara Beijing untuk hari ke-3 bersamaan 25 Januari 2012. Hhee giler punya lama nak buat laporan. Tapi itu adalah lebih baik daripada tiada langsung ayat klise. Apalah memori yang nak dilayan tanpa cerita dan si pencerita ini. Teruskan sajee. Walau layan foto memfoto saje la yang lebih nampaknya.

Agenda hari ini adalah Tiananmen Square. Sukacita diperingatkan, beberapa perkara perlu diberi perhatian sepanjang berada di dataran ini.

i. Musim dingin. Haa bersesuaian la dengan musim sebegini, berkali² kena diperingatkan supaya memakai pakaian yang bersesuaian dan selengkapnya; sesempurnanya. Berada di dataran atau persekitaran terbuka selama lebih 2 jam, dengan angin dingin yang menyengat, adalah sangat sengsara ..! Sang matahari yang terik menyinar, dah tak terasa apa² punnn. Bersidai la cam mana punnn. Beku ..! Gigil apatah lagi. Runny nose saya bertambah teruk. Air hidung sentiasa mahu meleleh C O M O T !!!. Pedihhh. Tambah pula dengan kedua² belah pipi yang mula terasa sebal, tebal dan sengal; pertuturan adalah menjadi sepatah sepatahh sepatahhh perkataan hingga tiba ke nokhtah ayat.  Sungguh terseksa rasanya. Suhu ketika itu dropped sehingga -10°c.

ii. Selepas tragedi berdarah 1988, di mana² pun ada pak polisi; beruniform atau berpakaian preman. Awas! Selain larangan membawa/mempamer sebarang kain rentang/banner (walau banner milik travel agent sekalipun), satu perkataan ditegah sama sekali disebut di sini ... atau, anda "mungkin" perlu bersedia untuk dihantar terus ke pelabuhan udara tanpa bicara dan sila kembali ke negara asal serta merta. Haa jangan sekali² sebut perkataan "D E M O N S T R A S I" atau apa jua yang seumpamanya. So oghe Klate, sila jgn sebut "DEMO lo ni tok supo muloo" atau demo itu demo ini ... Hheee yang ini saya memandai² tambah sendiri. Tapi, manalah tau kannn. Diorang bukannya tahu dialek Klate. Sekadar beringat² dan berhati². Tiada ruginya.




Great Hall of The People - berfungsi sebagai Parlimen bagi Republik Rakyat China.




Kena lalui pemeriksaan keselamatan sebelum memasuki Tiananmen Square.

Nunn di sana anggota keselamatan berdiri tak bergerak².
                                                                                                                        
















Berada di Tiananmen Square sekitar 45 minit, kemudian terus bergerak ke Forbidden City atau Kota Larangan yang dilaporkan sudah berusia lebih 580 tahun. Hari ini, saya telah 'tersenarai' sebagai seorang daripada anggaran 10 juta pelancong bagi tahun ini yang melawat Kota Larangan. Inilah kota ribuan peninggalan artifak dan telah dinobat sebagai Warisan Dunia pada 1987 dahulu. Suatu ketika dulu punye dulu punye dulu, Kota Larangan ini merupakan istana rasmi bagi maharaja China bermula ketika Dinasti Ming sehingga akhir Dinasti Qing.


Berkeluasan lebih 720 ribu meter persegi; panjangnya dari selatan ke utara kira-kira 1,000 meter dan lebarnya dari timur ke barat kira-kira 800 meter. Wahh memang semput ... harus minta oksigen untuk jelajah setiap meter persegi Kota Larangan ini. Reka bentuk, keluasan, susunan, gaya, bentuk, dan segala unsur estetikanya dibina menurut sistem kesusilaan, etika dan status atau kedudukan dinasti feudal dan memperlihatkan konsep kuasa maharaja adalah tinggi. Saya mencongak; masuk terowong, keluar terowong, masuk terowong lagi, keluar terowong lagiii. Hhaa tak tau la betul atau tidak congakan saya; tapi rasanya dah betul la tu ada 4 terowong / pintu gerbang yang perlu dilalui untuk sampai ke bangunan istana. Pintu gerbang pertama adalah Gate of Heavenly Peace. Di sinilah tergantungnya potret besar gedabak Mao Zedong; presiden pertama Republik Rakyat China.



Seterusnya, lalu pula pintu gerbang kedua iaitu Duan Gate. Dari pintu pertama tadi hingga ke pintu ke-2 percuma saje, tapi melewati pintu gerbang ke-3 Meridian Gate kena bayar kerana seterusnya itu adalah dikira memasuki kawasan istana. Entrance fee 40¥. Di mana nak beli tiket ..? Haa sila pandang bahagian sisi kanan sebelum pintu masuk. Di situlah terletaknya kaunter tiket. Selepas Meridian Gate, barulah kita akan sampai di Gate of Supreme Harmony.



Advantage mengunjungi Kota Tok Panda pada musim dingin; semua berpakaian sopan.





















Di pondok hujung nunn la kaunter tiket untuk memasuki kawasan istana maharaja.


Sementara tunggu tiket, kita camwhoring dulu eyhh.




Sungai kah, atau parit kah ... atau longkang kah ini ..? Seee air keras membeku ..!





Masih cuba tersenyum dan tersengih walau pipi dah tebal + keras.

Besarnyaaa dia punye 'drumstick' ..!
Tempayan besar ini banyak di persekitaran istana. Gunanya, untuk mengisi simpanan air yang akan digunakan jika berlaku kebakaran.







'Kedai' fotografi.

Proses pelihara dan pulihara.


Penjaja roti bersama dagangannya. Masa ni dah melangkah keluar dahh dari Forbidden City.


0 ulasan: