BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Jumaat, 21 September 2012

EDISI KEMBARA LAGI |FLY FLY AWAY ... FAR FAR AWAY ..!

Gigih; siang malam pagi petang hingga menjelang dinihari kulu kilir mundar mandir jejaritangan dok depan 'kaunter' semata² untuk mendapatkan harga merudum mampu poket. Hheee. Akhirnya. Seawal Mac lalu sudah grab itu tiket. Harga giler punye murah jika dibanding harga normal walaupun ketika itu bukanlah tempoh jualan 'happy hour'. Hasil usaha gigih tanpa jemu dok melangut depan 'kaunter' setiap malam sebelum mata lena terlelap. Tadah tangan ucap kesyukuran. 

Tatkala jejari sedang klikklikkklikkk pada keyboard ini, tinggal 32 hari saje lagi sebelum menjelang tarikh itu. Yeahaaa ... adalah sangat tak sabar rasanya. Fly fly away, far far away ..! Serba serbi rasanya dah siap sedia. Kad dan polisi insuran untuk travel nanti juge suda sedia diterima. RM51 untuk tempoh 10 hari pengembaraan.








Visa; juge suda siap sedia. Tinggal menunggu hari untuk terbang saje lagi. Terima kasih kepada rakan c h e n t a h a t i yang bertugas di travel agent yang sudi membantu semua proses ETA tanpa sebarang charge; sama ada charge tenaga atau kos ETA itu sendiri. Suda jimat di situ. Syukur.



Wherever you go; go with all your heart, Ina ..!


0 ulasan: