BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Khamis, 20 September 2012

BARAAN SYAWAL PADA DZULQA'EDAH


Agenda tahunan sempena Syawal aka 'baraan' keluarga saya sepatutnya diadakan pada 08 September lalu. Merancang dan merancang, tapi ada saje kekangannya lantas jadilah baraan Syawal tatkala 01 Dzulqa'edah telah menjelang tiba. Baraan versi keluarga saya ini memang telah jadi tradisi setiap tahun. Abang² kakak² makcik pakcik bersama keluarga masing² akan berkunjung dari rumah ke rumah kami adik-beradik yang berada sekitar Kuala Lumpur ini. 

Baraan ini berasal daripada bahasa dan juge tradisi Jawa. Maksudnya +- gini la kot ... kunjungan pada bulan Syawal dari rumah ke rumah secara beramai² di kalangan ahli qaryah (kampung). Bertemu dan bermaaf-maafan, kunjung mengunjung secara beramai² mempererat silaturrahim. Jika di kampung saya, lazimnya baraan diadakan selama dua hari berturut² untuk selesaikan 100+ rumah. Setiap rumah akan sediakan juadah untuk menjamu kumpulan baraan ini. Istimewanya, ada team yang akan tiba lebih awal pada setiap rumah untuk membantu tuan rumah menyedia hidangan dan 1 team lagi bantu mengemas. Dua team tersebut dibentuk adalah di kalangan remaja. Bagus, kann ..? Bab makan, bayangkan la sahaje penuh dan kembung la perut memasing santak sampai ke petang. Kanak² yang turut serta pula, pastinya kembung poket kumpul duit raya hasil sedekah si tuan rumah. Tatkala saya menemuramah anak sedara saya yang tak sudah² mengira dan memeriksa tabung kotak duit rayanya, katanya dia dapat kumpul RM200 untuk baraan selama dua hari ..! Wahhh lumayan sekali ..!

Bercerita edisi baraan keluarga saya pula. Telah tiga tahun berturut² baraan selesai jam 3:00 pagi ..! Abang² dan makcik pakcik yang datang dari kampung tiba di rumah masing² menjelang azan fardhu Subuh berkumandang. Lantaran itu, tahun ini perubahan drastik yang tak berapa nak drastik telah dibuat. Baraan keluarga kali ini diolah dengan kunjungan kepada dua zon sahaja; tidak lagi berkunjung dari satu rumah ke satu rumah satu persatu. Zon I gabungan Puchong, Seri Kembangan dan Kajang - Puchong jadi tuan rumah. Zon II gabungan Sungai Buloh, Bandar Tasik Puteri dan Gombak - Sungai Buloh jadi tuan rumah untuk kali ini. Hhee rumah saya la tuu. So setiap ahli rumah bergabung mengikut zon masing²; bersama² menyiapkan juadah. Dengan cara ini, bukan saje menjimatkan masa, malah tiada lagi pembaziran makanan terutama rumah² terakhir kunjungan. Ye laa manakan daya nak mengunyap lagi apatah lagi dah lewat dinihari. Kesian si tuan rumah penat memasak sesaje kannn.

Alhamdulillah, 'pembaharuan' strategi baraan keluarga kali ini sangat berjaya. Cuma cumaa cumaaa, entah apa puncanya ... kali ini usai saje baraan, terkejut pulak saya tengok keadaan rumah yang bagaikan pusat asuhan kanak². Dari dapur, ke ruang tamu, hingga setiap satu anak tangga hinggalah ke ruang keluarga di tingkat atas dan bilik tamu. Allahu rabbiii, sangat luar biasa keadaannya. Hahaa sangat la heaven malam itu ber'spring cleaning'. Suda menyapu, lap lantai segenap sudut dan ruang. Gaya lap lantai pulak ala² Oshin, ala² Rin Hanekoma. Setiap satu ruang 2 kali round. Gigih nkooo. Walhasilnya, bangun pepagi itu sengal dan sakit hampir seluruh badan. Uhuk uhukk.

Apa pun, saya sangat happy. Semua makanan Zon II yang saya, abang dan kakak sediakan semua habis langsai. Termasuklah juge limau yang cukup manis bersari. Nescafé tarik siap 4 kali order. Membancuh Nescafé, itu memang bidang kepakaran saya. Hheee. Air pepel blackcurrant&blueberry pulak siap 3 kali bancuhan; sold out! Memang kellasss nko Inaaa. Hihiihiii.


Laporan bergambar pula. Hujan lebat beserta angin kencang meribut sejurus sebelum ketibaan 10 battalion menterjah s a n g g a r c h e n t a .

Sebelum hujan/angin meribut.

Selepas meribut.
 Mak dara dan nak dara rindu.



Di dalam rumah (living hall) kelihatan tenang damai saje kannn ... tapi di ruang atas (family hall), kanak² ribena sedang bergumbira sakannn sesangat.












Di luar, melayan Nescafé tarik.


 Seorang nenda bersama cucunda sulung beliau. Hheee.



0 ulasan: