BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sabtu, 1 Oktober 2011

" BERGUGURAN " LAGI




Hari ini jam 7:30 pagi terus ke DEMC bertemu tuan doktor ... n hari ini juga hari ke-3 saya berehat panjang di rumah. Mengapa ..? Tiada sihatkah ..??? huhuu ... lama juga menanti turn ... tapi kenalah terima, saya kan hari ini hadir bertemu tuan doktor tanpa temujanji awal. Hanya sms daripada tuan doktor yang meminta saya hadir pagi ini. So kena la bagi laluan pada orang lain yang telah bertemujanji lebih awal walaupun saya yang tiba terlebih dahulu. Hari ini tuan doktor scan lagi bahagian rahim ... then tatkala saya memberitahu kesan² lebam n urat² halus yang timbul pada bahagian kaki, saya diminta pula ke makmal untuk diambil darah bagi tujuan blood count ... huhuu. Syukur ya Allah n terima kasih Albert, tak sakit punn ... hihiii.

Selesai bertemu tuan doktor, tanpa arah tujuan yang jelas ( hihiii ) kereta dipandu menuju Kota Damansara n seterusnya memasuki Mutiara Damansara. Rasa² ke manalah spesifik destinasi dituju itu, yee ..? Hari ini lengang sahaja kompleks itu ... mungkin disebabkan baru sahaja lepas musim berhari raya ... so, no shopping² anymore ... hihiii.

2 hari berehat panjang di rumah, saya tiada tahu sejauh mana tiada sihatnya saya ... Hahhh, baru beberapa meter berjalan di dalam kompleks, tetiba terasa ngilu menusuk pada bahagian pelvik. Saya cuba bertahan ... tapi rasa itu semakin ketara. So, ambil jalan pintas n terus keluar meninggalkan kompleks. Sampai rumah, terus flattt n bertahan dengan minyak yuyi cap limau sahaja ( hihiii ).

Rabb, moga masih ada rezeki kami gantian daripada bergugurannya ia sekali lagi kali ini. Ameennn ...

0 ulasan: