BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Khamis, 17 November 2011

K E M B A R A . S U M U T |Day 2 [ Part IV ]




Yeayyy ... dari Ambarita berKijang Innova terus menerus menuju ke Parbaba; nama sebuah desa di Kecamatan Pangururan, Kabupaten Samosir. Swimming suit ('swimming suit' sesangat laa ...) siap sedia dibawa sebagaimana telah dipesan oleh DAR. Gembira hati tiada terkira; berkubang time ..!

Sepanjang perjalanan yang berliku² ke Parbaba, kami merentasi desa² dan ladang² tanaman kontan yang terletak di pesisiran Danau Toba. Kebanyakannya ditanam dengan bawang dan jagung. Nampak tenang, damai dan cantik sangat. Kelihatan juga rumah² tradisi suku Batak; bertiang tinggi dan di bahagian bawah rumah dijadikan kandang atau reban haiwan ternakan. Mengikut tradisinya sebagaimana info yang saya kutip di Ambarita sebelumnya, 'tandas' mereka terletak di bahagian atas kandang/reban itu aka lantai rumah. Boleh bayangkan apa yang saya imaginasikan ..???

Sampai suda ... jommm ..!

Bagai pesisir pantai di lautan, kann ..?

Memulakan aksi renangan hingga hampir ke tengah² danau ..!

ayyarkkk, manyak berani ooo ...

Menurut DAR, sebenarnya tiada siapa yang tahu kedalaman sebenar Danau Toba. Saya dan terutama chentahati saya pula bagaikan lupa diri berkubang di danau luas terbentang ini ... hhuuu. Meneliti semula foto² ini, terfikir pula untuk buat rayauan carian internet. Agak mengerikan, menurut satu artikel yang saya baca, jika berlaku kes lemas di danau ini, operasi menyelamat/mencari mayatnya tidak akan dilakukan dek kerana tarikan graviti yang sangat kuat di danau ini ... hhuuu.


Pepasir dari dasar danau.

Aksi seorang geologist ... h
hee.
Batu ini banyak bertebaran pada dasar dan ringan sahaja.

Ini pula kelihatan seperti kepingan batu, tapi tatkala saya cuba patahkan, ia menyerpih dengan mudah. Melalui rentasan tepi, kelihatan lapisa
tanah. Saya kira ini adalah tanah liat yang telah membatu hasil letusan volcano puluhan ribu tahun terdahulu ( ikut suka saya jerkk buat hipotesis, erkk ..? hhee).

Cubaan menyiput ... hhee

Etak Danau Toba ..???

Berenang, berendam dan berkubang la sepuas puass puasss hati ...

Usah terpedaya dengan aksi renangan B E R A N I di tengah² danau ini kerana ...

ˇ
ˇ
ˇ
ˇ
ˇ
tatkala beliau berdiri ...

Puas berendam dan berkubang, naik semula ke daratan. Tukar pakaian yang kebasahan dalam Kijang sahaja dengan bantuan chentahati saya sebagai pengawas ... hhee. Tiada orang lain di situ. Tiba part chentahati saya menukar pakaian, tetiba muncul seorang kanak² lelaki berusia sekitar 5 atau 6 tahun meminta IDR1k ... Wahhh, pintar dan berani ye kamu, nakkk ... hhuuu.

Tiba semula di Tabo Cottages tatkala sore merangkak ke senja. Indahnya alam jagat raya ... subhanAllah ..! Tiada terungkap dengan kata
² betapa indahnya.

Dont want to say much. Let the picture talk on behalf lahh ...


Aktiviti dan hiburan malam ini, ngobrol² sambil minum² dan makan² di sini. Saya makan gado-gado sahaja yang berasaskan sayur²an beserta tempe dan kuah kacang. Penuh sepinggan besar sampai tak daya perut nak terima dahhh. Chentahati saya pula tak habis² ngobrol itu ini bersama DAR. Saya pula buat hal saya sendiri; sesekali cuba menyelit apa yang dingobrol, buat² faham. Manakala selebihnya banyak memerhati pengunjung lain yang semuanya orang putih belaka. Istimewanya, rangkaian wifi di sini bagus sekali hinggalah ke kamar penginapan.

Untuk peminum tegar kopi segera - nescafé yang bukan nescafé ... ala
² saje pun saya teguk juga laa buat mengubat ketagihan aroma serta rasanya.

Mau coba ..??? IDR80k segelas.


Lebih 4 jam ngobrol
², mata suda berat ...

Kamar dan katil nan selesa sedang menanti bersama dingin malam hembusan bayu Danau Toba.


Esok kita jalan jalann jalannn lagi meneruskan Kembara @S U M U T ... gud nite kasut m e r a h ..!

0 ulasan: