BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sabtu, 8 Oktober 2011

3 BIJI BUAH MISTERI










* Foto ehsan daripada peng'google'an ~ kredit to http://www.wartakotalive.com


Berselang 1 minggu nan lalu punya alkisah ... lebih tepat seingat saya bertarikh 28 September 2011 hari Rabu; sehari sebelum saya miscarriage. Pagi itu agak lama saya meninggalkan bilik opis ... saya bersidai ( sidai bukan sebarang sidai, erkk ) di Unit Kewangan dek kerana isu² berkaitan elaun/gaji staff. Kembali ke bilik, opps ... apa itu di atas meja saya ..? Di sebalik kalendar meja, ada bungkusan plastik putih terletak molek. Saya belek belekk belekkk ... Buah ..??? Saya buka simpul ikatan. Ada 1 ... 2 ... 3 biji semuanya. Ketiga²nya pula cantik berbalut dengan wrapper dan lengkap dengan 'fruit net' ... Tanpa membukanya, melihat pada bentuk serta saiz yang agak besar, saya jangka ia adalah epal fuji.

Epal fuji ..??? Siapa pula yang baru balik dari US, atau dari Australia, atau juga New Zealand, atau juga Chile ..??? Bertanya pada dua orang jiran sebelah menyebelah dengan bilik saya, mengapa hanya saya seorang yang menerimanya ... secara misteri dan sungguh misteri siapakah gerangan yang memberi.

Saya belek belekk belekkk kembali bungkusan itu dan kali ini saya buka wrapper si buah misteri. Waaa, bukan epal fuji rupanya ... tapi tapii tapiii adalah buah yang disebut dalam al-Qur'an al-kareem sebagai ar-rummaan ..! Sangat cantik, sangat molek, sangat menggiurkan bentuk serta warnanya tanpa sebarang comot² ..!

Tapi tapii tapiii ... siapa yang memberi ..???

Siapalah gerangan diri yang sayang sayangg sayanggg benar pada saya, ini yee ..???



Huuu ... mengapa saya kalut sangat bertanya² dan tertanya² ..? Bukanlah kali pertama saya terima pemberian tanpa diketahui siapa si pemberi ... coklat, kuih-muih, kek, kerepek keropok, cookies ... semua saya pulun saja selama ini. Tapi, cukuplah saya nyatakan dalam coretan ini, saya tidak mahu menanggung sengsara, derita, merana lagiii ... So, apakah cerita selanjutnya dan bagaimanakah nasib si buah misteri daripada pemberi misteri dan secara misteri itu ..???



0 ulasan: