BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sabtu, 29 Oktober 2011

KEMBARA TEMASIK |Part VI [ b ] Air Mata nan Berderai



S e n y u m
dalam

S e s a k
S e b a k

B e n g k a k

Apakah sebenar benarr benarrrnya yang mendorong, meruntun atau menggamit saya ke Temasik ..??? Agenda utama lagi TERRRutama kembara @Temasik; tiada lain adalah gamitan Tanjung Pagar ..! Waahhh, patriotiknya ..! Huhuu, takde lah patriotik pun sebenarnya; cuma ada sesuatu lagi amat s e s u a t u yang meruntun hati saya. Agenda asal ingin merasai pengalaman berkeretapi dari KL Sentral terus ke Tanjung Pagar ... Pastinya suatu pengalaman yang amat menarik lagi tertarik yang pastinya juga berbeza sekali pengalaman menaiki komuter, monorel, LRT, ERL atau juga MRT, kan kann kannn ..??? Tapi apakan daya, perancangan-NYA mengatasi segala. So, rancangan yang telah dirancang berbulan bulann bulannn terdahulu untuk merentasi rel keretapi dari barat ke selatan bertukar sudah terbang di langit biru. Tapi apa ada hal ... Tanjung Pagar tetap Tanjung Pagar yang "mesti" saya jejaki sebelum ia bertukar status "bumi dipijak milik orang" ... sobsobbsobbb.

Dari Paya Leba
r menuju ke Tanjung Pagar menaiki tren. Huhhuuu ... dari stesen MRT Tanjung Pagar jalan punya jalann punya jalannn ... jalan lagi punya jalann punya jalannn ... tiada juge ditemui stesen KTMB Tanjung Pagar.

Jumpe Gopeng, jumpe Telok Anson, jumpe Sabak Bernam ...

tak jge sampai sampaiii ... huhheee.

Saya kira ini adalah pusat komersial baru yang dibangunkan oleh kerajaan Temasik. Persekitaran masih lengang, banyak bangunan² baru dan banyak juge yang masih dalam proses pembinaan. Menariknya juge, melihat pada nama² jalan di sini, mengingatkan saya pada beberapa destinasi di negeri Selangor dan Perak ~ antaranya, Telok Anson ( nama lama Teluk Intan ) dan juga daerah persempadanan negeri Selangor dengan negeri Perak arah barat daya, Sabak Bernam.


Dah sampai kahhh ..???
Opps, bukan KTMB Tanjung Pagar laa ...
( mana 1 ejaan yang betul ~ TanjOng Pagar; atau TanjUng Pagar ..? )


Jomm jalan jalann jalannn lagi lagii lagiii. Dan akhirnyeee ...

Pertama kali kaki jejak bertapak di sini, melihat sesuatu, melihat fizikalnya yang bagai diper
anakangkatkan sedang ia berlokasi di Temasik nan gah maju ini ( maaf, ini sekadar pandangan peribadi saya ), saya tertunduk. Sungguhhh ... bergenang² si airmata nan hampir berderai luruhhh; tapiii kutahan jua J e b a t ..!!!

Kaki melangkah ...

Jom masuk ..!

Interior.
Kaunter tiket.
Menarik, tertarik, memang cantik ..!

The Federated Malay States Railways ( FMSR ) ~ Dates of operation 1901–1948.
Dari sudut ke sudut ... klik klikk klikkk.

Berakhirnya rel keretapi dari utara ke selatan Tanah Melayu. Detik ke detik menuju penghujung perkhidmatan ...

Menjengah kantin @stesen KTMB Tanjung Pagar. Serasa saya dibawa kepada suatu zaman; 6 atau 7 dasawarsa terdahulu sebagaimana lazim saya lihat dalam filem² Melayu lama.
Pada pandangan mata anda ..???
Klasik kahh ..? Cantik kahh ..? Buruk kahh ..? Dhaif kahh ..?


Berapakah usianya dan telah berapa lama ia berputar ..???
10 tahun, 20 tahun, atauu ... sejak 100 tahun lalu ..???

Semuanya hanya tinggal dalam lipatan kenangan. Berakhir Jun 2011,
tanjung tiadalah berpagar
sudahhh ( maafkan saya ).


Kami pamit dahulu ye ...


Monumen patung memberi gambaran aktiviti ekonomi masyarakat Tanah Melayu. Satu daripadanya tertera "agriculture".
Telah dinobat secara rasminya sebagai National Monument Tanjong Pagar oleh kerajaan Temasik; Julai 2011.


" Bumi dipijak milik orang "



0 ulasan: